Secawan Mutiara Kata
“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum”
Imam as-syahid Hassan al-Banna
Kata-kata Imam Hassan al-Banna ini telah menyentuh perasaan saya. Tatkala itu, saya berhenti berfikir sejenak maksud yang ingin disampaikan. Maksudnya, sekiranya kita disakiti, maka kita harus membalas kepada mereka dengan kebaikan.
Sekali lagi membuatkan kita berfikir.
“Kenapa mesti buat baik pada orang yang dah menghina dan menyakiti kita? Baik dibalas baik. Buruk mesti dibalas buruk!”
Rata-rata kita selalunya berfikiran seperti ini jika disakiti atau dicemuh, kan? Saya sendiri kadang-kadang berfikiran sedemikian. Contohnya, seseorang telah menikam kita dari belakang. Maksud saya ‘menikam dari belakang’ ini bukanlah kita ditikam dengan pisau, tetapi kita dipergunakan atau difitnah. Saya fikir ini satu perkara yang selalu dalam masyarakat, depan nampak baik, tapi di belakang kita memfitnah itu ini. Dan kita yang difitnah selalunya tidak akan berdiam diri. Kita membalas dengan fitnah itu ini juga. Kita buka aib si pemfitnah pula. Inilah yang dikatakan bertindak mengikut nafsu, tanpa pertimbangan akal dan ilmu. Sedar tak sedar, kita juga dapat dosa.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi Nak Buat Apa?
Mungkin ramai yang memikirkan bahawa diam adalah langkah terbaik. Ya, tidak salah sekadar mendiamkan diri. Satu langkah yang bijak yang mengelakkan pertelingkahan. Tapi diam mungkin hanya bertahan sehingga tahap tertentu saja mengikut keadaan. Jadi, bersuara adalah pilihan seterusnya. Di sinilah isunya. Adakah dengan kita bersuara, masalah dapat diselesaikan? Adakah dengan bersuara kita dapat mempertahankan hak dan maruah kita? Atau, dengan bersuara itu, kita semakin dipandang serong dan mendapat dosa pula?
Inilah yang dipanggil pilihan. Dunia ini merupakan fasa ujian. Pilihan kita membawa kepada kesan. Dan kesannya akan kita rasai di akhirat kelak. Maka, jom kita pilih jalan yang membawa kebaikan. Tidak susah. Belalah maruah diri dengan cara yang bermaruah dan yang mencerminkan akhlak-akhlak Islam. Sesungguhnya cerminan akhlak mulia yang kita pantulkan kepada orang lain ialah salah satu dakwah.
Biarlah apa yang kita suarakan itu berlandaskan ilmu. Biarlah suara kita bertepatan dengan akhlak dan adab yang dituntut Islam. Mungkin ada yang mudah down apabila menghadapi situasi sebegini. Sahabat pembaca sekalian, jangan mudah marah,
Senyumlah!
Senyumlah pada dunia, dan dunia akan senyum kembali pada kita!
Senyum itu sedekah
senyum itu awet muda
senyum itu kemesraan
senyum itu pengikat sahabat
senyum itu penambah kasih
senyum itu pelaris jualan
senyum itu pengiktirafan
senyum juga pemanis wajah
senyum menambahkan kecantikan
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas
senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul
Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.
Semudah ABC
Senyum adalah sesuatu yang sangat mudah. Simple but nice. Tak perlukan tenaga seperti berjoging, tak perlukan duit atau saman, tak perlu masa yang lama. Percuma. Apa yang perlu? Tanamkanlah ikhlas dalam hati. Dengan senyuman yang ikhlas, mudah-mudahan ukhwah lebih erat dan Allah memberikan kita ganjaran pahala.
Senyum itu satu sedekah bukan? Kalau hari ini kita bagi alasan kita tiada duit nak bersedekah, ingatlah bahawa senyum juga satu sedekah!
Ada orang yang sangat susah nak senyum. Kita jangan mudah berprasangka buruk pada orang yang susah senyum. Mungkin dia ada masalah. Siapa tahu? Kitalah yang harus membantu supaya sahabat itu senyum kembali..~