ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Ahad, 30 Januari 2011

APA KEJADAHNYA PTPTN NI?

Baru-baru ni aku berkesempatan berbual dengan member aku yang bekerja sebagai salah seorang kakitangan kerajaan.Setelah pelbagai topik yang dibualkan aku sebenarnya agak tertarik dengan keluhan beliau mengenai sistem Ujrah yang dilaksanakan oleh PTPTN.Antara perkara-perkara yang beliau timbulkan ialah perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal selain pembayaran on-time melaluï potongan gaji.Ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.Dengan memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
Bila aku tengok kiraan ni aku mula terfikir....sebenarnya kebanyakan peminjam PTPTN ini adalah dari golongan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan di mana majoritinya adalah daripada bangsa Melayu itu sendiri.Kalau peminjam terutamanya orang Melayu semuanya berkemampuan percayalah,tidak ade seorang pun yang mahu dibebani hutang.Pilihanraya umum makin dekat,kebanyakan barang-dah naik,dan yang ni pulak beban tambahan kepada peminjaman PTPTN.Memang betul, setiap yang dipinjam itu perlu dipulangkan balik,tetapi jangan lah sampai terlalu membebankan peminjam yang kebanyakannya datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana.Segala ape yang kerajaan buat akan sentiasa diikuti dengan penuh minat oleh pembangkang yang akan memanipulasikan pelbagai isu daripada yang besar sehinggalah isu yang sekecil-kecilnya.Janganlah sampai,kerajaan ditumbangkan dengan isu yang mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah dan lebih rasional......lu fikirlah sendiri.....
Komen : Benda ceghini , mana boleh bagi orang fikir. Kena bertindak dengan segera , sebab .. yang kena tanggungan ini pelajar Melayu dan yang bertanggungjawab ialah para ibu/bapa orang-orang Melayu.Kita yang sedar kena bagi tahu atau buat laporan polis atau bagi tahu pejuang orang Melayu yang masih layu Islamnya tentang kiraan yang tersembunyi dan kesan caj yang menyusahkan ibubapa pelajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan