ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Sabtu, 9 Oktober 2010

BAKHIL DAN BURUK AKHLAK

di adaptasikan dari emel..Syukran pada pengirim emel..sila ata lagi=)

Daripada Abu Said Al Khudri RA, Nabi SAW besabda : Dua sifat yang tidak terdapat pada orang yang beriman, iaitu bakhil dan akhlak yang buruk. ( Riwayat Tirmizi )

ULASAN HADIS :

1. Hadis di atas ini mengambarkan kepada kita tentang 2 sifat yang tidak layak ada pada seorang yang beriman.

2. Sifat bakhil dan akhlak yang buruk menjadi penghalang kewujudan keharmonian dalam hubungan persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia.

3. Sifat bakhil akan menyebabkan harta menjadi beku ( tidak bertambah). Harta akan bertambah dengan memberi (sedekah). Sebanyak mana yang dihulur dan diinfaqkan kerana ALLAH, maka pulangannya akan berganda lebih daripada apa yang dikeluarkan. Malah dengan sifat bakhil juga, golongan miskin tetap akan menjadi miskin, malah mereka yang perlu mendapat hak tetap tidak mendapat hak mereka. Tidak hairanlah jika kita lihat dunia hari ini walaupun semakin maju, rakyat semakin melarat.

4. Adapun sifat kedua iaitu akhlak yang buruk, sifat ini pula adalah sifat yang mesti dielakkan oleh setiap ummat Islam. Akhlak yang buruk menggambarkan hati yang tidak baik dan iman yang lemah. Sesungguhnya akhlak yang tinggi dan mulia akan menjadikan diri seseorang itu terpuji sekalipun dirinya tidak mempunyai apa-apa. Nabi SAW adalah contoh terbaik di dalam menunjukkan akhlak yang baik, sehinggakan orang kafir yang membenci Baginda mengiktiraf dan masuk Islam kerana keelokkan akhlak yang dipamerkan oleh Nabi SAW.

5. Bakhil dan akhlak buruk adalah dua elemen yang sangat memberi kesan dalam diri manusia dan terkesan untuk mereka yang berada di sekeliling. Oleh itu, kita hendaklah menjadi orang yang bukan sekadar memberi manfaat kepada diri malah kepada orang lain juga. Sekiranya keburukan yang ada pada diri tidak dibuang maka ianya akan memberi kesan pada orang yang berada disekeliling kita.

6. Oleh itu, sama-sama kita memperbaiki diri dan selalu bermuhasabah, berjaga-jaga dengan sifat bakhil dan akhlak buruk. Jika keduanya ada pada kita, boleh jadi kita bukanlah dikalangan orang yang beriman. NAUZUBILLAH. WALLAHU’ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan