ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Selasa, 30 November 2010

CINTA? DIMANA LETAKNYA?

Anda pernah bercinta?
Dengan siapa?

Ada orang kata, cinta ini ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung, akan membuatkan makanan itu menjadi tawar dan kurang rasanya, jika berlebihan pula, makanan akan menjadi terlalu masin dan hilang pula selera kita. Tetapi, jika digunakan dengan sederhana, maka makanan itu akan menjadi sedap lagi menyelerakan.

Saya, sependapat dengan kata-kata itu.

Cinta memang ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung cinta di dalam kehidupan kita, maka hidup kita akan menjadi ‘tawar’, tak bermakna, kosong tiada gembira. Tetapi, jika cinta itu berlebihan, maka ia akan memusnahkan diri. Hal ini kerana, emosi itu biasanya memperkudakan pemikiran. Namun jika cinta itu dikawal, disalurkan ke arah yag betul, maka hidup akan menjadi indah dan menyenangkan.

Persoalannya, kepada siapakah cinta hendak kita letakkan?

Saya suka dengan satu kata-kata Al-Mutanabbi berkenaan cinta. Katanya:

“ Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah TUHAN menciptakan alam ini”

Kalau kita perhatikan, atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH menghantarkan rasul kepada manusia untuk menjaga manusia, memandu kita ke jalan kebenaran. Atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH memberikan kita nikmat yang pelbagai, dan memberikan kita ruang untuk bertaubat walaupun menggunung dosa telah kita lakukan.

Ternyata, cinta dan kasih sayang ALLAH kepada kita, memang luas tanpa sempadan.

Tetapi, kepada siapakah cinta kita letakkan?
Perumpamaan cinta ibarat garam tadi, sering manusia gunakan untuk cinta lelaki dan perempuan. Alasannya, tanpa cinta, maka tidak indah dunia.

Ya, saya juga mengakuinya. Cinta lelaki perempuan memang lumrah, fitrah manusia, hadiah daripada ALLAH. Tetapi, apakah benar itu cinta kita yang utama?

Ramai orang nampak, cinta itu dengan perempuan. Ramai orang nampak, cinta itu dengan teman lelaki. Kalau cinta itu, mesti dengan suami isteri. Begitulah kebanyakan manusia melihat dan meletakkan cinta. Bagi yang ada semangat patrioritik, maka cintanya akan berkait dengan negara. Bagi yang ada jiwa sastera, maka cintanya bersambung dengan bahasa.

Tetapi pada saya, cinta-cinta itu bukanlah cinta yang mesti kita cari terlebih dahulu. Cinta-cinta itu, jika diambil pada sudut itu sahaja, ia akan menjadi cinta yang murah, luput ditelan zaman, dan akan hilang tanpa jejakan.

Cinta pertama kita sepatutnya dengan ALLAH SWT, yang telah menciptakan kita dengan segala kasih sayangNya. Hal ini kerana, saya melihat, cinta kepada ALLAH SWT, akan membuahkan cinta kepada yang lain-lainnya. Siapa yang memulakan cintanya kepada perkara lain, dengan mencintai ALLAH terlebih dahulu, maka secara automatiknya, cintanya kepada perkara lain itu akan menjadi mahal, utuh, kekal, malah mampu menembus akhirat.

Hal ini kerana, segala apa yang kita lakukan kerana ALLAH, akan menjadi ibadah untuk kita. Pastinya, bila kita nyatakan kerana ALLAH di sini, bukanlah hanya mulut sahaja yang pandai berbicara, tetapi amal kita juga dipastikan terjaga. Kerana ALLAH, maka tiada lorong maksiat yang menjadi jalan kita dalam menyambung cinta.

Hamka ada berkata,

“ Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan ALLAH semata-mata. Yang tidak suci dan buta hanyalah orang yang salah menggunakan cinta.”

Kita lihat, ramai manusia hari ini melihat cinta itu murah. Kenapa? Kerana sudah terlalu banyak kes manusia tergadai maruah kerana cinta, manusia menjadi gila kerana cinta, manusia bunuh diri kerana cinta, dan pelbagai lagi kes yang buruk berlaku kerana cinta.

Mari kita lihat dan rujuk semula, bagaimanakah cinta-cinta mereka itu? Adakah didirikan atas dasar keimanan dan taqwa kepada ALLAH? Apakah digerakkan atas niat untuk mencpaai redhaNya?

Cinta itu mahal sebenarnya. Amat mahal. Berharga, dan penting. Cuma, kesilapan manusia meletakkan cinta, dan jahilnya mereka untuk memulakan gerakan cinta mereka, membuatkan cinta itu kelihatan murah, sehinggakan ada yang menjauhi cinta itu sendiri.

Di manakah anda meletakkan cinta anda?
Dengan siapakah anda bercinta?

Marilah kita bermuhasabah, letakkanlah cinta kita di tempat yang benar, mulakanlah cinta kita dengan permulaan yang betul. Semoga hidup kita terang benderang, dengan sumber cinta daripadaNya yang tidak akan kunjung malap, menembus hingga ke akhirat tanpa kelam.

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

BENARKAH ITU CINTA?

Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?".

"Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Hati kita memang mudah jatuh cinta dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat. Itulah cinta, penuh dengan keajaiban.

Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Bukankah cinta itu suci sesuci embun pagi
Bukankah cinta itu mulia dan tinggi
Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati
lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa.

Tetapi..
Benarkah itu cinta
Kalau kita semakin keji dan hina?
Benarkah itu cinta
kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?

Benarkah itu cinta
kalau kehidupan kita hilang pedoman
hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat?

Benarkah itu cinta
kalau kita lupa diri
hingga tercampak kelembah yang hina dina?

Benarkah cinta menjadikan kita bodoh,
hina, keji dan lupa diri?
Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam
dan kotor hingga diri kita tidak lagi 'suci'?

Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?
Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang,
untuk apa didatangkan
dan kemana akhirnya kehidupan?

Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaitan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa

Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaitan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'

Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal

Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah

Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?

APA AKAN JADI JIKA PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK DAN JIKA LELAKI TAK JADI IMAM?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

UNTUK ZAUJAH ZAUJAH

Wahai zaujati kesayanganku

Maafkanku kiranya cintaku pada orang tuaku
Melebihi cintaku padamu

Maafkanku kiranya perhatianku pada orang tuaku
Melebihi perhatianku kepadamu

Maafkan ku kiranya aku medahulukan orang tuaku
Melebihi dirimu zaujati pilihan hatiku

Maafkanku kiranya kedua orang tuaku lebih utama bagiku
Melebihi dirimu zaujati pujaan kalbu

Maafkanku kerna itu merupakan tanggung jawabku
Sebagai anak lelaki kepada kedua orang tuaku

Ketaatan pada mereka adalah jihad pada pandangan Penciptaku
Juga merupakan perkara utama yang perlu dipikul olehku
Bantulah aku dalam memenuhi tanggung jawabku
Bimbinglah aku agar sentiasa taat pada kedua orang tuaku

Wahai zaujati kesayangan hatiku
Yakinlah tanggung jawab ini adalah amanah dari Tuhanku
Pasti ada hikmah disebalik semua itu
Ia juga ujian bagiku juga bagimu
Agar terbukti cintaku dan cintamu
Ikhlas hanya untuk meraih redah Tuhanku
Kerna itu kita dipertemukan untuk bersatu
Yakinlah ada hikmah yang perlu aku tahu

Agar aku mengerti susah payah anak2 yang akan menjagaku
Agar aku bisa bersedia untuk sentiasa ada bersamamu
Agar aku bisa bersedia untuk bisa menemanimu
Agar aku tidak akan membebankan mu
Agar aku tidak akan merisaukan mu

Dihari yang aku cuma ada kamu.. ^_^

Sekedar kata2 moga bisa memberi ilham pada semua..
Agar bisa mengerti tanggung jawab sebagai anak kepada kedua orang tua..
Juga agar bisa bertolak ansur juga saling menjaga..
Agar bahagianya kekal SEALAMANYA(Dunia Akhirat)..
InsyaAllah.. InsyaAllah.. ^_^
NYANYI NASHEED MAHER ZAIN..INSYAALLAH\(^_^)/

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

Ahad, 28 November 2010

SAYANG YANG MURAH


Peringatan ku untuk ku dan semua..
sungguh murah perkataan syg itu jk kau m'bhskn diri kau sbg sayang pada lelaki yg blum pun m'jadi milik mu,
sungguh murah p'kataan syg jk kau memanggil s'sorang itu sbg syg pdhl dia blum pun m'jadi milik mu..
lps nikah nt apakah dia mmg benar kau nikahi?
lps nikah nt ganti diri apa yg kau guna stlh nikah nanti?
lps nikah nt ganti diri a...pa yg kau akn guna untuk pasangan mu?
fikir2 kan...murah sungguh sayangmu itu!!!

Tinggalkan Dia

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana? Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga? Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku? Jawab pertanyaanku ini. Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan, Kerna jawapannya bukan di tanganmu, Tetapi di tangan-Nya. Di tangan Tuhan kita; Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu, Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku, Aduhai pria, Maafkan aku, Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba, Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia, Akan kucipta cinta bersama Dia, Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat, Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu, Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya, Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini, Jika benar aku tercipta untukmu, Tiada apa yang dapat menghalangnya, Sebelum saat itu tiba, Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan, Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu, Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata, Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu, Daripada yang sekarang (permulaan), Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , Lalu (hati) kamu menjadi puas. [Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu! Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya [Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu [Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah, Mohonlah kekuatan dari-Nya, Allah itu dekat, Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih, Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku, Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba, Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya, Sentiasa.

BERNIKAH ADALAH SALAH SATU ALAN DALAM  MENCARI KETENANGAN JIWA..BUKAN BERCOUPLE!!

Rabu, 17 November 2010

Cara untuk Terlepas daripada Melakukan Dosa

1 -Memohon perlindungan daripada kepada Allah SWT dan berdoa serta memohon kepada Allah SWT dengan bersungguh supaya Allah SWT menghapuskan dosa kita.
Allah SWT berfirman :
Al-Baqarah :186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

2 -Mujahadah diri atau berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan mempertahankan / Sabar dengan nilai-nilai agama daripada runtuh serta menyucikan diri dengan cara taat sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

As-Syam :

7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Surah Al-Angkabut :69.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
3 -Ingat kepada amaran Allah SWT yang amat keras terhadap dosa pakaian, rasa takut kepada azab Allah SWT serta sentiasa ingat kepada dosa yang telah kita lakukan.

4 – Merasakan Allah SWT sentiasa dekat dengan hambanya sehingga kita tidak berpeluang melakukan doasa walaupun sesaat.
5 – Merasa malu kepada Allah SWT, membayangkan perbuatan dosa tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin atau orang beriman.

6 -Cuba bayangkan jika kematian datang dalam keadaan kita melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bagaimana kita akan bertemu dan dibangkitkan dalam keadaan tersebut dihadapan Allah SWT ?.

7 -Ingat kepada persiapan Allah SWT untuk menyambut kedatangan hambanya yang soleh, Syurga diperhiaskan seindah-indah adalah untuk kita, Apakah kita sanggup membawa dosa dan mem mempersembahkannya kepada Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Pemurah ?

Jika dosa yang kita bawa, maka ingatlah azab Allah SWT tidak mengenal belas kasihan terhadap sesiapa pun !!!

Fussilat ayat40:
Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik, ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Isnin, 1 November 2010

KONGSI LAGU JIWA

Buat teman teman yang hanyut dengan perasaan dengan si dia..
Sila hayati lirik ini..
*****************************************************
Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
**********************************************************

teman..alangkah ruginya jika kita beri hati kita pada orang lain..
tahukah teman, jika kita beri sepenuh hati kita pada si dia..sebenarnya kita telah beri nyawa dan perasaan kita untuk dikawal oleh si dia..
apakah kita rela nyawa dan perasaan kita dicontrol oleh orang lain?
teman..fitrah manusia..hati memerlukan pengisian untuk memngingati Allah..

teman..fikirkan saudara kita di Palestin..mereka berjuang untuk mempertahankan nyawa,agama,dan negara..
tapi..kita?
kita dimana?
kita mempertahankan si dia daripada di rampas oleh orang laen..
bodoh!kamu bodoh kalau kamu buat pilihan seperti itu..
teman..pernahkah dengar cerita tentang tentera yahudi yang bertugas untuk menyelidik persekitaran palesin dengan kanak kanak palestin?
pada suatu hari si tentera menyamar dan berjalan-jalan d tengah padang..
tiba di sebatang pokok, ad seorang budak laki yang sedang menangis..
paila ditanya..oleh si tentera..kenapa kamu menangis? "aku tak sempat bertahjud pada hari ini",jawab budak tersebut.
"kalau begini kami tak boleh menyerang palestin ini lagi kerana masyrakat disini masih ingat pada Allah dalam ingatan nya. kami akan kalah kalau menyerang pada tika ini..kerana tika ini semangat fisabilillah masih kuat dikalangan mereka..", bisik hati tentera yahudi ini..


sekian lama selepas peristiwa itu, tentera itu kembali..dibawah pokok itu juga..seorang kanak2 menangis..ditanya mengapa menangis..
jawab budak tersebut..dy di tinggalkan kekasihnya..
"inilah masa yang ditunggu tunggu!", bisik hati tentera..
maka berlaku lah perebutan negara tersebut..
[kisah ini diceritakan oleh teman penulis dan penulis ingin berkongsi dengan para pembaca]

Jadi, kini temanku..tanya kembali pada diri mu..
apa tujuan dirimu di jadikan..untk jadi hamba cinta?hamba Allah?
sedarlah..kita mempunyai pilihan..
sama ada kita mahu pilih syurga atau neraka?
kita mahu pilih pahala atau dosa?
kita mahu pilih bahagia atau derita..
kita mahu berjaya atau gagal..

sekian...