ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Isnin, 18 April 2011

KAMU SEPERTI POHON

Secawan Mutiara Kata

“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum”
Imam as-syahid Hassan al-Banna

Kata-kata Imam Hassan al-Banna ini telah menyentuh perasaan saya. Tatkala itu, saya berhenti berfikir sejenak maksud yang ingin disampaikan. Maksudnya, sekiranya kita disakiti, maka kita harus membalas kepada mereka dengan kebaikan.

Sekali lagi membuatkan kita berfikir.

“Kenapa mesti buat baik pada orang yang dah menghina dan menyakiti kita? Baik dibalas baik. Buruk mesti dibalas buruk!”

Rata-rata kita selalunya berfikiran seperti ini jika disakiti atau dicemuh, kan? Saya sendiri kadang-kadang berfikiran sedemikian. Contohnya, seseorang telah menikam kita dari belakang. Maksud saya ‘menikam dari belakang’ ini bukanlah kita ditikam dengan pisau, tetapi kita dipergunakan atau difitnah. Saya fikir ini satu perkara yang selalu dalam masyarakat, depan nampak baik, tapi di belakang kita memfitnah itu ini. Dan kita yang difitnah selalunya tidak akan berdiam diri. Kita membalas dengan fitnah itu ini juga. Kita buka aib si pemfitnah pula. Inilah yang dikatakan bertindak mengikut nafsu, tanpa pertimbangan akal dan ilmu. Sedar tak sedar, kita juga dapat dosa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Nak Buat Apa?
Mungkin ramai yang memikirkan bahawa diam adalah langkah terbaik. Ya, tidak salah sekadar mendiamkan diri. Satu langkah yang bijak yang mengelakkan pertelingkahan. Tapi diam mungkin hanya bertahan sehingga tahap tertentu saja mengikut keadaan. Jadi, bersuara adalah pilihan seterusnya. Di sinilah isunya. Adakah dengan kita bersuara, masalah dapat diselesaikan? Adakah dengan bersuara kita dapat mempertahankan hak dan maruah kita? Atau, dengan bersuara itu, kita semakin dipandang serong dan mendapat dosa pula?

Inilah yang dipanggil pilihan. Dunia ini merupakan fasa ujian. Pilihan kita membawa kepada kesan. Dan kesannya akan kita rasai di akhirat kelak. Maka, jom kita pilih jalan yang membawa kebaikan. Tidak susah. Belalah maruah diri dengan cara yang bermaruah dan yang mencerminkan akhlak-akhlak Islam. Sesungguhnya cerminan akhlak mulia yang kita pantulkan kepada orang lain ialah salah satu dakwah.

Biarlah apa yang kita suarakan itu berlandaskan ilmu. Biarlah suara kita bertepatan dengan akhlak dan adab yang dituntut Islam. Mungkin ada yang mudah down apabila menghadapi situasi sebegini. Sahabat pembaca sekalian, jangan mudah marah,

Senyumlah!
Senyumlah pada dunia, dan dunia akan senyum kembali pada kita!
Senyum itu sedekah
senyum itu awet muda
senyum itu kemesraan
senyum itu pengikat sahabat
senyum itu penambah kasih
senyum itu pelaris jualan
senyum itu pengiktirafan
senyum juga pemanis wajah
senyum menambahkan kecantikan
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas
senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul
Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Semudah ABC
Senyum adalah sesuatu yang sangat mudah. Simple but nice. Tak perlukan tenaga seperti berjoging, tak perlukan duit atau saman, tak perlu masa yang lama. Percuma. Apa yang perlu? Tanamkanlah ikhlas dalam hati. Dengan senyuman yang ikhlas, mudah-mudahan ukhwah lebih erat dan Allah memberikan kita ganjaran pahala.

Senyum itu satu sedekah bukan? Kalau hari ini kita bagi alasan kita tiada duit nak bersedekah, ingatlah bahawa senyum juga satu sedekah!

Ada orang yang sangat susah nak senyum. Kita jangan mudah berprasangka buruk pada orang yang susah senyum. Mungkin dia ada masalah. Siapa tahu? Kitalah yang harus membantu supaya sahabat itu senyum kembali..~

hebatkah kita?..



Orang yang hebat itu kurang bicaranya bahkan
orang lain ternanti nanti butir bicara dan mukadimahnya
Bukan berhujah semata mencanang kehebatan
jauh sekali bertikam lidah menuntut kemenangan
Orang yang hebat itu butir bicaranya ikhlas lahir dari nurani
... matanya redup dan bening mengasihi yang lain
Orang yang hebat itu perilakunya membibitkan kemesraan
keperihatinannya mencerminkan kasih sayang sejati
Orang yang hebat itu mendahulukan sahabatnya
kekasarannya melindungi hak yang dirasakan wajar
kelembutannya menjaga susila jua maruah keluarga
Kecintaannya pada Islam penuh di dada
cukuplah Allah menjadi saksi abadi
Orang yang hebat itu lenggok jalannya sederhana
menghormati bumi Allah dan seisi alam yang lain
pakaiannya bersih dan tertutup cerminan Islam dijulang
sabarnya teguh dek asahan bilah ranjau Ilahi
Orang yang hebat itu matanya sentiasa tersenyum
namun tangisannya beralun di hati
pergaulannya ikhlas memenuhi naluri insani
tidak terkurang tidak terlebih
beribadahnya ibarat mati seminit lagi
bekerjanya ibarat esok tiada lagi
Orang yang hebat itu tidurnya sekadar melapisi lelah
makannya sekadar memberi tenaga
minumnya sekadar menghilangkan haus
tiada langsung ruang dan peluang syaitan bergembira
Orang yang hebat itu sentiasa merenungi langit
membilang dosa menghitung kesalahan
tertanya tanya apakah kelayakan yang ada
untuk menggapai syurga bertemu kekasihNya dan Allah
Biarpun Rasulullah dijamin syurga,ibadahnya dilaksana melebihi segalanya...

Rabu, 13 April 2011

KISAH HIDUP ANTARA KITA

Assalamua'laikum..apa khabar hari nie? sihat? K.fadh sihat alhamdulillah (^_^)b Gooood....

Erm..Hari nie hari  yang gembira mungkin sebab  I/Allah, esok, last day K.fadh berebut kerusi bas, last day lari2 kat jalan raya yang busy pagi2..
hehehehe...cumer nyer..kalau nanti bolg nie bertambah slow.. fhm2 la.. coz x dpt dh sumber wifi..
huhu..kat ofis jer dpt..anyway, good luck for me to finish the practical report.. moga2 x der masalah nk siapkan report nie.. amin2..

Ha, hari nie nk cter pasal..rutin harian...m, lepas balik keje dr ofis, kfadh solat asar dlu..
dh selesai solat, besenyer.. Kfadh p dapor, cri mknn..huhu..coz selalunyer..time tgh hari kat pejabat mmg x pernah beli nasi..kalau ad mkn pon, ketiow kungfu, ketiow goreng, dan mknn seangkatan tentera dgn nya..
Lepas dh mkn,pkul 6.00 ptg, apa lagi, "tit" tv 2 cter cina...hahaha.. hal nie ar yg menyebabkan umi pening.. umi ckp "asyik2 cina, pening umi" Usually, tgk cter nie ngan adik laki yang Form 4, Irfan. kami berdua jer salu setia cter nie.

Kul 8.30mlm nti, "tit",     tv4,  ALL MEN ARE BROTHERS. cter cina lagi.. kali nie layan sorang2..huhu...sebab adik2 sumer tgh belajo..kalau deme nak tanyer soklan.."sila mai jupe Kak Cho kat depan TV.."
huhu...adik laki K.fadh yang form 4 plak suker cter India ngan Hindustan a.k.a "Nuste" time filem nie, Kfadh plak pening. ase tensyen sgt tgk cter nie.(tp kalu dh tersangkut, plg lama 10 minit, huhu..ase cm panas jer tgk)

Tapi kan, start kul 7mlm..lepas selesai cter cina kul 6ptg, ktorg change channel...channel 3,  TV3 yg plg patut di boikot kata orang..huhu..tp seisi umah kfadh langsung x boikot..

"CINTA ANTARA KITA" 
Sebuah cerita meLAYU..
Apa yang Kfadh perasan kan, cter pukul 7mlm di TV3 kebanyakannya, cter yang x menggambar langsung pelakon2 nie orang Islam..
See..pagi2 bangun kul 8..mlm..lepas habes keje, tido..
Nak "syok" je g clubbing, DISKO..
Pil2 khayak tue bese jer..

"Cho, cter nie, x mcm cter org Islam kan Cho? Tak der pun scene solat." komen adik laki Kfadh, Ihsan, yang sedang tgu keputussan UPU. 
"Betul" 
Sejak chapter one ag Kfadh perasan, xder ag scene solat. 
Kalau la, adik2 yang belum matang untuk berfikir dengan cara berlandaskan Islam yang tgk cerita nie, ase2 apa yang akan terjadi? 
mungkin mereka anggap, pergi disko itu perkara bese, menyeronokkan, x salah kalau pergi sekali sekala..
mungkin mereka anggap, keluar dengan kawan2 lelaki itu perkara biasa.. 
banyak kemungkinan yang akan berlaku.. 

well, kter sendiri yang menilai, 
kter sendiri yang buat keputusan, 
kehidupan yang bagaimana kita inginkan untuk generasi akan datang 
-_- (Mcm mner r kehidupan akan datang..yer..Kalau lah Rasulullah s.a.w masih ada..malu nak lalu depan      
        Baginda..)
Anyway,adik2..ngan K.Cho sendiri.. tgk cter drama tue boleh, tp jgn lambat solat..jgn tinggal solat..rajin2 la mengaji..ya? 

K la..cukup la tue..tata..take care..ASSALAMUA'LAIKUM....ADIOS

Isnin, 11 April 2011

AL FATIHAH UNTUK KAK SUZI

*Malam tadi kul 2pagi kut, teman saya kol, tp saya t'off kn..sori Tiqah..x sedar sgt2..pagi2 before nk kuar umh, bukak handset, bcer msg..
"Salam..kak suzie PJI baru meninggal dunia td, jam 12 mlm..semoga rohnya di cucuri rahmat..Al Fatihah"

***Innalillah..speechless***

"Tp....kak suzi mana nie? Apsal  cm familiar dgr nma nie..senior L.E ker? ase xder.."

Tanya punya tanya...baru r ingat..kak suzi yg salu handle program keusahawanan.

.***debar***

Saya cek emel facebook, benar, teman seperjuangan telah pun menziarahi rumah kak suzi..
"salam......kepada semua kwn2 suzila said (mak su)...beliau telah meninggal dunia lbih kurng pd pkul 12.15, 12.4.2011....doakn agar roh beliau dicucuri rahmat....al-Fatihah..amin...
sumber FB Arwah: Yuziyeri Syuzila Said "

kata mereka, kak suzi hanya demam sikit saja sebelum nie..Kak suzi amek ubat kat UiTM ja..Hm..x sangka org yg kita salu tgk, dgr suara dah x der..ase cm baru jer jupe kak suzi.. moga Allah  tempatkan  kak suzi di tembat yg terbaik...

Nur 'Azam
Buat semua sahabat2 KAKS, Kak Suzy telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang jam 12 tgh malam 11 April 2011 (Isnin). Mengikut kata staf uitm yg berada di rumah arwah semasa saya pi ziarah, arwah hanya demam sedikit dan ambil ubat di U.Kesihatan uitm ptg tu...al-Fatihah buat arwah Kak Suzy yang kami sayangi kerana murah hati kamu...semoga rohnya ditempatkan bersama roh2 insan beriman..
Terima kasih kak suzi tlg belikan air coklat hari tue..time kasih sgt2! (-_-)
Kita yang masih hidup, teruskan kehidupan, tp jangan lupakan yang tiada,
doakan mereka selagi mrk masih di hati kita... w.pon mrk xder di mata....




*****

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT




Takbiratul-Ihram & Takbir  
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya-BUDAKBALUN

Khamis, 7 April 2011

ALLAH HELP ME

Assalamua'laikum..

masa budak2 main buaian,
main di padang time hujan
zaman budak2 jadi kenangan
hope, harapan jadi kenyataan

***

SEKARANG, dalam kepala nie,sedang berfikir................

1) Keje ap lepas nie?
2) Ada peluang saya nak keje kat arau?
3) saya nak kne bayar hutang yang ad; PTPTN
4) nk tlg adik2, fmly..
5) nak ad lesen kete nga moto..
6) macam mana dengan harapan saya nak buat bisness nie?
7) dapat ker buat sumer mnder nie?
8) dan....perlu ker ubm awl?

Kalau boleh no 8 tue saya lewatkan umur 26,27 la..
tp geng saya dah sound dah ritu "saya rasa k.chow dh boleh nk ubm"
huhu..ayah dah ckp "kalau boleh ayh nk kmu kawin lmbt..mitak kmu tlg adik2 dlu.."
(arghhhh...no 8 nie, tgu mse je la. pening pikir. kalau ad, tak ke mana..saya pasti yang itu..i/Allah..


***


Rasanya..kali nie saya kalah dgn kerisauan saya kali nie. Till nk taep entry nie pon saya nangis jgk. dah bper kali saya taip, saya padam balik. Saya tak suka nangis sbnr nyer..ase diri ni sgt lemah..sgt2 x suka..
erm..Lagi seminggu habis praktikal di Peladang nie.. then habes bln 5 i/Allah fully habes praktikal..Harapnya sumer jalan dengan lancar..amin2 Ya Rabb...

Tp..Saya dalam kerisauan dlm seminggu dua nie..Sebab? lepas nie... alaf baru akan saya lalui..alaf pekerjaan. Kerja apa ya? Ayah suh jadi cikgu, umi kata kalau tak dapat umi suh mitak keje dekat2 umah ja..Kata umiayah, kalau keje kat sana, kurang RM2000, adalah baik saya tidak pergi kesana..
Saya plk, teringin nak keje kat arau..bkn ap..dekat ngan geng2 eko..join prog2..mcm2 lg leh bt kat sana..

Ya..mungkin dorang risaukan keselamatan saya..erm..ap nak buat, saya hanya mampu doa dan berharap..moga2 suatu hari, sumernyer jalan dengan lancar..mungkin lepas nie, saya perlu buat solat istikharah, moga2 Allah bagi petunjuk yang mana pilihan terbaik buat saya..

                                                           ..SAYA WAJIB YAKIN, 
                                                      BAHAWA KITA MERANCANG
                                                         ALLAH JUGA MERANCANG  
TETAPI ALLAH LAH PERRANCANG YANG TERBAIK..

ADUHAI..TAKUTNYA....

erm..entry k mirah nie, best sbb kena ngan situasi kfadh kali nie..takut, sgt takut...

Semua insan mempunyai rasa takut apabila bertukar atau berubah ke situasi yang baru. Bayangkan seorang anak yang diberi keselesaan tinggal bersama keluarga sebelum menyambung pelajaran ke peringkat menengah dan sekolah yang baru, seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menginjakkan kaki ke alam universiti sebelum berada di sekolah menengah, seorang graduan yang diberi jawatan dalam sesuatu kerjaya yang akan dipikulnya dan pelbagai lagi perubahan situasi, pasti ia mengundang perasaan kurang selesa. Di fikiran mereka terbayangkan guru besar yang garang, pensyarah yang tidak ada rupa belas kasihan atau majikan yang mahu menaikkan target jualan setiap suku tahun.

Saya diberikan pesan oleh seorang sahabat. "Jangan risau. Tenang sahaja. Apa yang penting ikhlaskan niat dan tunaikan amanah sebaik mungkin. Sama ada kita pelajar atau pekerja itu bukan masalahnya. Hakikatnya kita belajar, bekerja untuk Allah jua." Benar sekali. Seluruhnya saya bersetuju dengan pendapat beliau. Perasaan takut semua akan lalui. Bayangkan jika perasaan takut tidak ada, manusia tidak ada disiplin. Manusia tidak menjadi perancang hidup yang baik untuk dirinya. Manusia juga akan buat kerja sambil lewa. 

Manusia diberikan amanah dalam setiap hari dalam hidupnya. Tanggungjawab isteri kepada suaminya, tanggungjawab anak murid kepada anak guruya, tanggungjawab pekerja kepada majikannya. Nah, jika semua ini kita mampu sebaik mungkin dari pengawasan Allah, apalagi yang perlu ditakutkan? Takut pada guru besar, takut pada rakan sekelas, takut pada pensyarah atau takut pada majikan sudah boleh dilunturkan kerana meletakkan takut pada yang selayaknya.

Ingatlah, kita mampu tenang dalam setiap perubahan yang kita hadapi. Jangan gopoh apabila mengharung badai. Jangan cemas ketika menongkah gelombang di lautan. Tempuh ia dengan baik dan sandarkan hanya pada Tuhan, pengawas manusia yang paling baik. Jika Allah itu menjadi pengawasnya, maka adakah makhluk lain yang perlu ditakutkan?

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 40, Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

Rabu, 6 April 2011

AKAL DAN ILMU UMUM

Begitulah akal diberi untuk berfikir, Hati diberi untuk menilai... Menambahkan akal, nescaya hampirla kita kepada Allah. Indah bukan ayat potongan Sabda Rasulullah kpd Abu Darda...
Malam berlalu pantas, ingin ana kongsikan tentang apa yang ana pelajari hari ni.Insya'allah

Ada yang berkata.. semua orang ada otak, ia jawapan yang sering diterima bila ada yang menegur  kesilapan. Otak cuma organ tubuh kita yang binatang juga memilikinya,bila otak bekerja dan berfikir ia disebut akal, dan ini juga membezakan kita dengan binatang. Itulah kelebihan kita manusia dianugerahkan otak yang berakal untuk berfikir. Malah tegaknya agama bagi org mukmin adalah pada kesempuranaan akalnya. Begitu pula akhlak yg diukur pada kesempurnaan akal.
Sabda Nabi SAW, yg bermaksud ; "Tiap sesuatu mempunyai tiang. Tiang orang mukmin  ialah akalnya " (Riwayat Ibnu Mahar dari Abi Said dlm Ehya' Ulumuddin.)

Berbalik pada tajuk Akal dan Ilmu umum ~ cerdik dan kematangan... seorang yang sempurna akal adalah yang mengoreksi (muhasabah) dirinya dan bersiap untuk menghadapi maut, sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan mengharap berbagai harapan atau berangan-angan (tanpa usaha)... 

Islam tidak hanya mengukur kecerdikan akal kepada kelulusan atau ijazah yg dimiliki atau keputusan IQ yg baik.Tapi dari sejauh mana seseorang itu berusaha menyelamatkan diri serta menghadapi  bahaya kerosakan dan penderitaan hidup di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Marilah sama-sama kita kembali perbetulkan pemikiran akal kita yang mungkin sesekali tersungkur dengan arus kemodenan kini..Menurut ukuran umum hari ini, seseorang yg dianggap bijak atau cerdik melalui tahap pendidikan dan segulung ijazah dan apa-apa yang sepertinya, tetapi dalam kehidupan hariannya ia sedang meniti di jurang bahaya api neraka serta melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri di dunia dan di akhirat, seperti keruntuhan akhlak yang menjadi isu besar abad ini.. tidak sembahyang, tidak puasa, tidak menutup aurat, maksiat dan sebagainya, maka itulah orang yang bodoh atau dungu. 

Seperti kata penulis buku ciri-ciri wanita yg membawa ke syurga, Jaafar Salleh. Sungguh rasional ayat ini buat membuka minda kita. 
Apa guna memiliki ijazah tinggi kalau budaya kehidupan harian sama seperti kehidupan binatang. Apa erti memiliki ratusan universiti dan jutaan graduan yg lahir dalam pelbagai bidang, kalau dalam masa yang sama ribuan pula buat maksiat, terlibat dalam kes-kes keruntuhan akhlak, penyalah gunaan wang, kuasa, rogol, zina dan sebagainya.  

Jika terus-terus lahir keadaan demikian, maka dunia bukan lagi tempat kedamaian dan dihuni oleh penghuninya yang baik, tapi sebalinya. Jadilah dunia ini sebagai neraka sebelum neraka hakiki di akhirat kelak.
Wanita hari ini belum dianggap dan diiktiraf sebagai  wanita cerdik dan cantik serta matang, selagi hanya mempunyai sijil dan kelulusan tinggi, tapi dalam masa yang sama boleh diperalatkan untuk tujuan pemuas nafsu dan immoral. Jangan saja sering salahkan pada yang menjadikan ia, tapi renung kembali pada penyebabnya. Semua tindakan membawa kepada akibat.. Itulah kesannya jika soal aurat dan akhlak dinggap mudah oleh sesetengah wanita. Seperti tudung dan aurat yang berbeza penggunaannya dan pemahamannya. Wanita kini dijadikan bahan untuk menarik perhatian seperi iklan-iklan. Wanita cantik dijadikan objek menarik perhatian sang mata yang melihatnya. Dan hati yang lemah imannya pasti saja tertaut. Jauh sekali untuk benar-benar digelar cerdik, cantik akalnya dan matang pemikirannya.

Wanita yang akalnya cerdik belum boleh dianggap matang. Kerana saat ini ramai wanita cerdik, berpelajaran tinggi, aktif di tengah masayarakat tetapi menjadi punca fitnah dan kerosakan.Jelaslah bahawa kecerdikan (berdasarkan ilmu umum) belum menjamin keselamatan.

Ciri-ciri wanita cerdik dan matang mengikut ukuran islam;
a) Tahu menilai dan meletak dirinya sesuai dengan tempat, watak dan kebolehan serta selaras pula dengan syariat Islam.
b) Pandai melayan suami dan mengatur rumah tangga.
c) Pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yg bertaqwa dan boleh berkhidmat kpd masyarakat.
d) Peka dan berstrategi.

Setelah memiliki sifat-sifat demikian yang semestinya didahulu dengan memiliki iman dan takwa serta diiringi dengan ilmu dan pengalaman yg berkaitan dgn bidang dan tugasnya.. insya'allah semua suasana sekeliling tidak akan mempengaruhi kehidupan kecuali kehidupan Islam yang membentuk watak serta peribadi yang mulia. Inilah keteria wanita solehah..
Kematangan seseorang janganlah diukur hanya daripada umur, pengalaman dan ilmu saja.

Sungguh kiasan "Aku lebih dahulu makan garam" yang sering digunakan... namun tidak dapat dinafikan ia menjadikan hidup semakin matang. Tapi ketahuilah bahawa seseorang yang tidak beriman atau lemah imannya, apabila makin lama hidup, makin tidak siuman atau nyanyuk. 
Tidak siuman dan nyanyuk bukan diukur pada sikap dan tindak tanduknya bagai org gila, tetapi sejauh mana ia berusaha meningkatkan amalannya yg dapat dijadikan bekalan untuk hari akhirat. Jika hanya dengan keagresifan dan dinamik di bidang keduniaan  yang tidak memberi faedah utk akhirat , maka belum dikira cerdik atau matang.

Bersama-sama lah kita membuka semula fikiran kita, muhasabah diri tentang akal dan ilmu umum serta hakikat cerdik serta kematangan... jangan lemah dan gusar dengan apa yang sering ilmu umun gelarkan 'kuno'... Percaya kcpada kemampuan diri sendiri adalah rahasia dan sendi kebahagiaan, juga pintu kemajuan dan keluhuran . Fikirkanlah keselamatan diri di akhirat kelak, insya'allah lebih semangat.. 
Wallahualam.. =)-mps

SOLAT DALAM SAINS..

Kalau sebelum nie solat dlm matematik, hari nie, solat dalam sains..hehehhe...Islam itu kan syumulliah, banyak ag kne tahu... ha..kali nie artikel nie di copy right dari blog hanyzan30.. kalau nak tahu ap... sila la teruskan pembacaan.. =)

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. -UM

Isnin, 4 April 2011

TERINGAT AKU KAT SEK MENENGAH...

Assalamua'laikum...hai hai haiiiii....
Lama sesangat kut tak update blog nie....
fuh..dah penat bcer blog2 lain, katun gak  suker di baca..huhu...
(dari dulu sampai sekarang tak ubah2 perangai suker bcer katun..tgk katun..gelak jer cara gadis..ngeh3...)

Bace kartun yang tajuk budak kat surau di blog tatih2, k.fadh teringat zaman sekolah menengah.. tika kfadh form4 n 5.. Subjek agama la selalu mesti nak skor..smpy kn bdk2 cina dlm kelas kfadh pon naik heran..apsal kami (nani, dayah, ena, k.fadh) salu dapat A.maklumlah..deme ckp pendidikan moral nie susah.. Hm...entah la..ap yg susah..k.fadh tgk cm senang jer...huhuhu...

Tapi PUN walau BAGAIMANA...k.fadh masa sekolah menengah, suka subjek math..especially subjek add math atau adik2 mellinium menggelarkan sebagai subjek mat tam lebih jelas lagi matematik tambahan.........

Masuk matrix pun k.fadh still suka math..tapi masuk u....k.fadh kureng kat math kne proven2 nie... arghhh tensen tak dapat jawab.

Eh...........bukan nie yang di ceritakan, k.fadh nak cter pasal seorang, ya...perempuan...
Kawan nie..ap nth nama dy..huhu..x ingt.. dy senyap..xder sape nk kawan dy...  kecik2 jer org nyer.. bukan sekelas kfadh....coz dy dr kelas akaun..kfadh kelas sains..
pun keadaan sebegitu..kami akan bergabung kelas pabila waktu kelas agama...kwn2 cina n india g tukar kelas...Pernah satu hari tue................


"Ari nie ustazah nk suh baca PAFA...aritue saya dah ingt kn awk sumer kn?"
Then....sorang2 r g depan kelas, duk kat meja ustazah buat PAFA...
 Hari tersebut kami di suruh utk baca kalimah syahadah dan selawat.
Bagi kfadh..tue senang ja..dh sek men dah....tak kan tak tahu...
TAPI...sampai turn kawan yang k.fadh x ingt nama tdi...
dy sengih2 jer kat ustazah...kfadh pun heran, pelik tengok bdk sorang nih.
ustazah suh baca, dy sengih. nak kata "datang bulan" , x der kene mengena plk....
bertambah musykilllllllllllllll sgt...
lama2...dengar ustazah suh kwn tue amek bku PAFA..suh tgk dan bca..
ALAHAI.....sengih jugak.....x baca pun..
"Saya suh awak baca, saya nak dengar...awk sengih kat saya buat pa?"
SENGIH LAGI....
"Awak tak tahu bcer ker? kalu tak tahu, ikut saya"

AIKKKKK......sebut pun salah...kami satu kelas pelik dengan kawan sorang nie...lepas dah di tanya2 ngan ustazah...patut la..mak ayah dy pun tak solat...mandi wajib pon mak ayah dy tak pernah ajar...
Sian la...kat kawan nie.....rupe2 nyer..mmg wujud org mcm nie..ingt kan ustazah ajo time sek ren nga sek men...dah cukup ajo ...RUPE2...........NYER KURANG AJARan...lagi,...

Tak mustahil jugak yg masuk Universiti pun tak tahu solat, tak tahu ngucap, tak tahu bertudung tue juga ajaran Islam.....macam2 lagi..

EH......JAPPPP:     Bagi diri kfadh dan  kawan2,teman2....jom saling tolong menolong!                       Sekian....Jumpa lagi....
Dont naughty2 keyh...

ADIK DAN SENIOR DI SURAU















ps: adik 2 sebenarnya dah besar, sy rasa dalam lingkungan umur budak2 sekolah menengah. walaupun dia dah besar, tp tahap pemikiran dia macam kanak2. mksd sy, mungkin IQ dia rendah.
ps2: dia selalu hadir ke surau di kawasan rumah sy. walaupun dia ne macam 2, tpi rajin je dtg solat berjemaah. 
ps3: bila tengok adik 2, kadang2 mengingatkan sy pada Allah. kejadian Allah dan di sebalik setiap kejadianNya ada hikmah. sedangkan adik 2 yg tidak sempurna seperti kita, tetap mengingati akan Pencipta nya, juga Pencipta kita. kita yang sempurna akal ne, sepatutnya berasa malu setelah dikurniakan akal yang sihat, masih tidak mahu memikirkan dan mengingati Pencipta kita. Nauzubillah.
ps4: InsyaAllah. mana yg silap sila tegur ya.