ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Selasa, 22 Mac 2011

SUSAHNYA JADI PEREMPUAN , PAYAHNYA JADI LELAKI

Oleh:Ibnu Nafis


Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan". ALLahu... ALlah..

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :

" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )



Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?...

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar ALlah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair mengucapkan :

"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"

ALLahu...ALlah...

Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah at Taubah : Ayat 71)

Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALlah..

Sumber rujukan :

1. Muhammad al Ghazali, Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara' dan Rasional, 2003, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia
2. Dr Yusuf al Qardawi, Iman Dan Kehidupan, 1985, Dewan Pustaka Fajar, Selangor
3. Pendidikan Akhlaq Darjah Enam, 1998, Jabatan Agama Johor, Synergymate

**Copyright@ hanyzan.blogspot.com

Ahad, 20 Mac 2011

TIBE2 RASA NAK BERNASYID

***BILA DI HAYATI LIRIK LAGU NIE..IA BAWA MAKNA BESAR PADA KFADH..MOGA2 KTER TIDAK DILAHIRKAN HANYA DGN NAMA ISLAM..TAPI KTER HIDUP DGN CARA ISLAM..AMIN2***

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafah
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah

Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun
Dunia Baru Islam

Tajuk Nasyid : Dunia Baru Islam
Artis : The Zikr

Khamis, 17 Mac 2011

JANGAN JADI BODOH......

KERJASAMA DENGAN NON MUSLIM........JANGAN JADI BODOH......

MEH BACA CERITA NI........KLU X BACA, X MNGAKU SAING..........:-)

Saya tinggal di kawasan taman..(RB). Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Baji [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Padang Nyu [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam.....

.........TENGOK DALIL NI..........

Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:

Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

COPYRIGHT DARI FACEBOOK..OLEH SUHAIRI

Ahad, 13 Mac 2011

TANPA SINERGI TIMBUL TRAGEDI














ps: moga kisah ini menjadi iktibar, moga ianya bermanfaat, InsyaAllah
ps2: CERITA dari MAJALAH SOLUSI ISU 28, RUANGAN ANGGUK GELEN
G

NIKAH KHITBAH

Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja


by rihlatulwujud

Semalam, terlihat seorang kenalan arab yg memang rapat dengan saya. Dia ni seorang ‘syeikh’ la bagi saya. Tapi kali ini kelihatan dia bersama seorang gadis. Memang saya makruf bahawa mereka telah bertunang, bahkan dijemput lagi untuk hadir majlis pertunangan mereka tapi malangnya tak dapat hadir pula ketika tu. Melihatkan keadaan mereka berdua, tak pasal-pasal timbul pula keraguan akan peribadi ‘syeikh’ ni. Dalam hati, “depa ni baru je bertunang, tapi gaya semacam je….dia ni ‘syeikh’…tak kan la tak faham kot…“. Tak lama lepas kejadian tu, terserempak pula dengan kenalan saya ni di tempat lain. Dia seorang je kali ni. Dah sembang-sembang tanya khabar, mula la saya tanya pasal apa yang saya nampak hari tu. Konon-kononnya nak nasihat la syeikh ni. Then, dia pun dengan tenang kata, “Ooo, tu tunang aku. Tapi sebenarnya kira macam isteri aku la, kami dah akad nikah dah, cuma kami tak tinggal sekali. Nanti bila kami dah buat haflah zafaf(kenduri kahwin), baru kami tinggal sekali. Aku nak tunggu dia habis study dulu...”. Lepas tu baru lah faham cerita sebenar. Kiranya syeikh ni masih dapat mengekalkan status syeikh dia la, hehe. Masa tu baru teringat artikel yang pernah baca waktu dulu-dulu masa baru sampai Jordan. Pasal NIKAH KHITBAH…memang adat yang sangat cantik kalau dapat di apply di Malaysia. Untuk mereka yang dah pernah baca artikel ni, kira macam boleh refresh balik la ye….Selamat membaca!!

Oleh Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.


Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.

Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Rabu, 9 Mac 2011

MENYESAL AKU KAHWIN.....

dengan ini saya  mengaku aku ciplak dari blog seutastasbih..hihi..ikuti cerita ini...tuuuuuttttttttt
Ini cerita aku..




Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..



Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


***EH..JAPPP: SAPA AD DUIT , DAH READY BOLEH LA BERBUAT DEMIKIAN SEPERTI ABANG DAN KAKAK DI ATAS..HUHUH

MATEMATIK DALAM SOLAT






















Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).


Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.-IH

Rabu, 2 Mac 2011

BEZAKAN ANTARA DUA, PAS DGN PR, UMNO DGN BN

Oleh:Ust Idris Ahmad

Isu Yang Timbul
Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.
Persoalannya apakah Mca dan Gerakan bukan parti China?
Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.
Benarkah tuduhan itu?
Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas
Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.
Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,
“Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda”sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Perbezaan Kerjasama Pas dan Umno


1.Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas.
Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

2.Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program munkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

3.Pas tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan Mca,Mic,Gerakan dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.

4. Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.
Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

5.Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA walaupun bertentangan dengan Islam.
Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.

6.Kerjasama Pas dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.
Kerjasama umno dalam BN telah mengkhianat khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara akan muflis pada tahun 2019 (8 tahun lagi).

7.Kerjasama Pas dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat
Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden Mca Datuk Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. 53 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.

8.Kerjasama Pas dengan PR bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.
Kerjasama umno dengan Mca, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km. Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?

9.Kerjasama Pas dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu/Islam, sedangkan kerjasama umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu Islam di parlimen.
Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN tumbang kepada Pakatan Rakyat. Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen dengan menumpaskan calon BN Datuk Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini. Datuk Kamarul Baharin PKR menewaskan Datuk S. Sothianathan Naib Presiden MIC, begitu juga Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Datuk Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor. Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon Bn kalah, kuasa melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara. Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi melayu. Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo’ Haji Ghazali Pas, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Datuk Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman Pas. Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.

Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian umno BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau


Semoga dengan penulisan ini menjawab keraguan yang telah ditipu oleh umno.
Apakah Pas dan PR yang khianat atau Umno Bn yang khianat?
Kalau jawab pun biarlah dengan ilmiah, bukan emosi.

Selasa, 1 Mac 2011

AYUNK OWH AYUNK...

PANAS2...EH..BAGI SALAM DULU..
ASSALAMUA'LAIKUM...
MAAF LA..TERSASUL TADI..LUPER BAGI SALAM..BUKAN PA..TERDENGAR "MANUSIA BERKATA KATA"

HEMPMH, KEYH, NAK MULA MEMBEBEL LAGI NIE...

"Perempuan nie..belum kawin, bukan main mekapnyer, minyak wanginyer, gincunyer, pembayang pipinyer, dgn diet nyer..eiii..macam2...
dah kawin, kat umah pakai baju lusuh2, tak ikat rambut nyer..di biyonyer rambut ngerbang mcm hantu mak limah tue..dah tue, suami balik,bini sambut dgn bau2an yang agak "keterlaluan wanginyer"...ad bau2 alam..bau bawang, bau belacan, bau cabai..KENAPA YER?

.....MAK AII..SEDAPNYER MULUT MANUSIA INI BERKATA KATA.....

..teman nak gtau..bg teman..tue fenomena yang popular zaman dlu..ya..memng ad jgk zaman millineum nie..

Ap2 pun, tak boleh nak salah kan bini hundred persen jugak..saper suh tak bagi bini keje..miker, kalu dah dapat gaji, miker kontrol plk duit tue..belikan la bini miker tue baju baru..pewangi..gincu..
Apa yang miker tengok kat luar rumah boleh dapat kat dalam rumah..tapi miker lah jadi penasihat dan pendandan istri kalau nak jimat..hhihihi

Lagi satu..miker kne tgk..latar belakang bini miker tue..kut la x pernah blajo mekap..miker la g panggil mak andam yang boleh ngajo bini miker mekap..apa susah?

Kalau nak tengok bini slim selalu..
cakap kat orang rumah "ayang, jom joging sama2"
tak pun...
"ayang, tak elok badan besaq2 macam nie..doktor kata bhy..kemungkinan senang dpt DIEbitis, mulai minggu nie..kter pergi sauna every week yer?"

Oopppsss...Bagi si Suami yang "tembun" pun kena sama2 la jalani projek kuruskan badan..jangan la nak komen bini tue kalau awak sendiri pun badan gitu..
Tak heran sangat bini tembun..dah memang lumrah lepas melahirkan anak, metabolisma perempuan menurun..
yang awak? ada lahirkan anak ka.."ngandung" dah bertahun, langsung surut depan tue teman tengok ..

K LAH...SEKIAN BEBELAN..KANG MELARAT PULAK..AYUNK OWH AYUNK...


EH..JAP:APSAL LA KO TANYER AKU SOALAN CM TUE...ADUSSSS

BELAJAR DENGAN MONYET DAN JEJENTIK

Masyarakat yang hidup di bandar, mungkin tidak banyak tahu soal kehidupan masyarakat suku pedalaman.

Bila kita tersesat di hutan dan mengalami kelaparan atau kehausan, suku pedalaman Talang Mamak di Riau menyebut, tidak ada salahnya kita belajar dari monyet.

Bila kita tersesat di hutan dan mengalami kelaparan atau kehausan, suku pedalaman Talang Mamak di Riau menyebut, tidak ada salahnya kita belajar dari monyet.
Marilah kita semak beberapa kaedah biasa bagi kita yang ingin memasuki kawasan hutan. Memasuki kawasan hutan belantara, kita diminta untuk tidak sombong atau tidak berbuat yang pelik-pelik.



Jika kita kehabisan bekalan di tengah hutan, jangan panik. Suku pedalaman di Riau atau suku pedalaman apa pun yang ada di kawasan hutan belantara di Sumatera memiliki ilmu yang sama untuk boleh bertahan hidup di tengah hutan.

Menurut salah seorang tokoh adat Talang Mamak, Sidam Katak (70) yang hidup di dusun Datai, di kawasan puncak Taman Nasional Bukit Tigapuluh (TNBT), Kab Indragiri Hulu (Inhu) Riau, bila kita kehabisan bekalan makanan maka kita harus belajar dengan monyet. Di tengah hutan, banyak buah-buahan yang jarang dilihat dan jarang juga di makan masyarakat.

"Jika sudah di tengah hutan perbekalan anda habis, jangan khuatir. Anda boleh memakan buah-buahan yang ada di hutan. Belajarlah dari monyet. Makanlah buah yang dimakan monyet, kerana buah yang dimakan monyet pasti tidak beracun."

"Tapi sebaliknya, bila monyet tidak mahu memakan buah itu, jangan cuba-cuba kita memakannya. Buah yang tidak dimakan monyet pasti buah beracun," kata Pak Katak

Ilmu lain yang perlu kita pelajari adalah, bila kita tersesat di dalam hutan. Dalam kawasan hutan rimba, kita tidak boleh melihat sinar matahari secara jelas. Keadaan ini akan membingungkan kita untuk melihat dimana posisi timur atau barat.

Menurut Pak Katak, jangan khuatir bila tidak boleh memastikan mana arah timur dan barat tersebut. Tipsnya adalah, lihatlah hujung pohon di kawasan hutan itu.



Hujung pohon umumnya akan condong dan kecondongan itu pasti mengarah ke matahari terbit. Jika tidak boleh terlihat secara jelas, maka tips lainnya kita disuruh melihat lumut di bahagian bawah pohon.

"Pohon tengah hutan bahagian bawahnya biasanya berlumut. Lihat saja, lumut yang paling tebal dan hijau, itu pasti bahagian timur. Sedangkan lumut yang tidak terlalu tebal, dipastikan berada di bahagian terbenamnya matahari," kata Pak Katak.

Kalau kita kehausan di tengah kawasan hutan dan tidak menemukan aliran sungai, Pak Katak menyarankan untuk mencari air dalam lubang-lubang kecil atau besar.

"Minum saja air dalam lubang-lubang itu sepanjang di dalam lubang ada jentik-jentik nyamuk. Kalau jentik nyamuk saja boleh bertahan hidup dalam air itu, maka kita juga boleh meminum airnya."

"Tapi jika ada air yang bening, namun tidak ada jentiknya, jangan cuba-cuba untuk kita minum, boleh jadi air itu ada racunnya. Atau bolrh juga kita perhatikan monyet tadi, kalau monyet mahu meminum air itu, dijamin air itu tidak beracun," kata Katak.

EH...JAP: SYOK JUGA BUAT REHLAH GINI..HUHU..

PR DITUBUHKAN ATAS RESTU YUSUF AL QARDHAWI DAN PARA ULAMA' DUNIA

JASIN, 1 Mac: Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan ‘perbincangan kedai kopi’ sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

"Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa.

"Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi.

Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN.

"Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS.

"kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir.

Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.

"Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.-HD