ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Isnin, 28 Februari 2011

MELUAHKAN RASA DI HATI SAT

Assalamua'laikum...arinie ase nk membebel sorang2..kome kalau larat, layan aje lah entry nie..kalau tak..buat2 la x nampak..

Sedikit jeles dengan geng2 teman sendiri..

TERINGIN NAK AMEK LESEN MOTO
.
.
.
.
.
.
.
.
TERINGIN NAK LESEN KETE
.
.
.
.
.
.
.
.

TERINGIN NAK BALIK ARAU
.
.
.
.
.
.
.
.
TERINGIN NAK JUMPA GENG L.EKONOMI
.
.
.
.
.
.
.
TERINGIN IFTAR SAMA2
.
.
.
.
.
.
TERINGIN SOLAT JEMAAH
.
.
.
.
.
.
MACAM2 YANG TEMAN TERPAKSA TANGGUHKAN..

BEGINIKAH CINTA











ps: jika ditanya siapa yang kamu cinta, jawapan yang sepatutnya "antara dia dan dia, aku pilih Dia" 
ps2: mari kita renungkan, Dia menjadikan manusia itu mempunyai fitrah, antaranya fitrah untuk saling cinta dan mencintai. sedangkan Dia yang menjadikan manusia dengan fitrah itu, tidak pula Dia mematikan fitrah manusia itu, melainkan ada cara yang betul untuk kita salurkan fitrah kita itu.

YUSUF AL QARDHAWI..NIK AZIZ JAWAB..

Oleh:Edi Suleiman

KOTA BHARU 28 FEB : Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. “Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.-Malaysiakini

EH..JAP: APAKAH MANUSIA ITU BUTA UNTUK MENILAI??

Khamis, 24 Februari 2011

ADA BYK HANG WAHAI ALFONSO D BARBEQUE

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....



1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera



1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana



Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...



1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...



Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .



Seminggu selepasnya



FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah



Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)



Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya.......

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...=)

ADA BENDA HALUS MAI KACAU

D bawah nie adalah salah satu, dua , tiga dan bilangan seterusnya SEBAGAI ikhtiar..
Nak tau lebih2 tgk la blog muaalij yang nie...
Tanya pada yang pakar lebih baik..tak sesat..tak nyesal..
www.akrineputrajaya.blogspot.com


Ayat-ayat Asas Ruqyah Syar Iyyah
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Ayat-ayat Pembakar
1- Ali Imran ayat 181.
2- Al-Anfal ayat 50
3- Al-Hajj ayat 9
4- Al-Hajj ayat 19-22
5- Al-Buruj ayat 22

Ruqyah Tahriqul Jin
1- al-Fatihah
2- al-Baqarah ayat 1-5
3- al-Baqarah ayat 102
4- al-Baqarah ayat 163-164
5- al-Baqarah ayat 255
6- al-Baqarah ayat 285-286
7- ali Imran ayat 18-19
8- al-A'raf ayat 54-56
9- al'A'raf ayat 117-122
10- Yunus ayat 81-82
11- Toha ayat 69
12- al-Mukminuun ayat 115-118
13- as-Shoffat ayat 1-10
14- al-Ahqaf ayat 29-32
15- al-Rahman ayat 33-36
16- al-Hasyr ayat 21-24
17- al-Jinn ayat 1-9
18- al-Ikhlas
19- al-Falaq
20- al-Nas

Ayat-ayat Syifa'
1- al-Isra' ayat 82
2- Yunus ayat 57
3- at-taubah ayat 14
4- an- Nahl ayat 69
5- as-Syu'ara' ayat 80
6- Fussilat ayat 44

Ayat-ayat kunci air doa
1- al-Isra' ayat 88
2- Yunus ayat 81-82
3- al-Hasyr ayat 21-24
4- al-An'aam ayat 115
5- Huud ayat 119

KALAU NAK MANDI BUNGA..

BY: akrineputrajaya

Antara jenis bunga yang biasa digunakan ialah 7 jenis bunga:

(Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.

Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.

Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.

Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.

Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.

Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.

Limau susu - melembutkan kulit.

EH...JAP: PAKAT2 R CARI BUNGE2 NH KAT MANE2..NANTI SENANG..HEHEHEHH

INI KISAH ORANG KITER SEKARANG

Assalamua'laikum...ase semangat nak menaip ari nie!! huhu..bukan pa..kak fadh baru usha blog2 lain..sekarangkan hangat tentang isu PiLihan RaYa KamPUS..SERONOK LA tgk orang g ngundi nie...teringat pulak kata sorang teman kak fadh nie. 

"ko tau, ad 3 golongan berkuasa yang boleh merubah negara..ko tau ap dy?" 
"1: golongan buruh, 2. tentera 3.pelajar"

Kak Fadh dulu x minat sgt politik. Bagi Kak Fadh, politik kotor, nk join politik mesti kne rasuah orang, pendek cerita, kak fadh anggap politik nie keji tahap gaban..huhu..first gune istilah power nh! haha..tapi begitu la perasaan kak fadh terhadap politik sewaktu ketika dahulu kala..
tapi..lama2...terfikir..benarkah begitu? kenapa jadi begitu? Sampailah saat kak fadh dah masuk U.. dah banyak kenal orang, dah banyak dengar (pasang telinga) cerita mkcik2 dlm bus, tepi jln, dh banyak dengar cerita lecterur2..gtu gini gtu gini..maka...

KESIMPULANNYA


Orang yang menyokong parti2 politik ini ada pelbagai jenis..
ada yang sekadar menyokong untuk dapat kebaikan, 
ada yang menyokong krn yakin dgn matlamat parti tersebut,
ad yang berpaling tadah setelah merasakan tidak yakin lagi dgn ap yang di perjuangkan parti tersebut..
dan ad juga tak mahu menyokong mana..(nie kes mcm kak fadh dlu r nie..)

yang golongan last nie r paling tak bagus..sebab andai kata mrk patut mengundi pihak yang benar. tapi mereka tidak keluar ngundi..maka dah kurang satu undi..kalau ramai r bdk2 , mkcik2, pkcik2, nenek2, atuk2 perangai jenis nie..alamat lingkup r negara nie..korang fhm x?

Pada pandangan kak Fadh sendiri, kesedaran utk mengundi di kalangan orang melayu ini masih rendah. terutamanya, di kalangan golongan muda mudi..al maklum lah..masih muda..mentah..x rangup..ap2 je la istilah..tapi..cube fikirkan, kenapa jadi mcm nie? kita lihat rakan seusia kter, adik2 kter, ramai yang lebih suka kan hiburan yang melampau...maen game, bcer komik, dgr mp3, tgk tv....ap lagi..BUKAN TIDAK BOLEH BERHIBUR..tapi BERSEDERHANALAH..

Peranan MEDIA MASSA salah satu puncanya..Banyak kali dah mention..tapi xder perubahan mana pun..Terfikir juga, adakah peranan media massa ini sememangnya bertujuan merosakkan pemikiran muda mudi kita? APA KEJADAHNYA? HA??? Bukan apa..kalau nak bandingkan zaman dulu..waktu kak fadh kecik2..xder r byk gler rancangan hiburan..Ap er rancangan sekarang yang femes? Pilih Kasih, Idola Kecil, lagi? erm..Shall we dance, One In Millionaire..AF, lg? ah..byk r...ada yang nangis sebab x terpilih utk pusingan seterusnya..alahai..sadis r..............
APA KATA byk kn lg rancangan yang melatih adik2, remaja2 di luar sana mcm soccer kids, syarahan agama adik2 cm d tv 9 tue..lg..akedemi nasyid, akedemi quran , lagi? 

Erm..nasihat drpd sorang teman kak fadh.."kter kena pandai menilai..kter kne tahu sirah Nabi kter terdahulu..Baginda berpolitik dengan membawa Islam.. bukan dengan membawa bangsa.. tapi..cube kter lihat..Tamadun  Islam yang Baginda bina, Alhamdulillah sampai pada kter sekrang..Ya...siapa yang membawa Islam..itu pasti di tentang..sama dengan Perjuangan Baginda s.a.w suatu ketika dulu..ingat tak? cerita di Thaif? Tue adalah salah satu cth..dan kmu kne tahu juga..di kalangan Orang2 Muslimin itu pasti ada wujudnya golongan munafiq..nama saja Islam..."
  Klah..sekian sj bebelan utk hari ini..hihihi


EH..JAP: Kome dah daftar ker? Jom ikut Kak Fadh dftar..tak sabar nie, nk ngundi!!!  heeeee  :)

STUDENT POWER!!!










Rabu, 23 Februari 2011

BOB LOKMAN

Oleh:boblokman


ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.


Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.

Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.

Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

ISU LIBYA: HARGA MINYAK TERUS NAIK..

TRIPOLI, 24 Feb — Sementara pergolakan politik di rantau Asia Barat merebak ke Libya, pengeluar utama minyak di dunia, gelombang kebangkitan rakyat turut memberi kesan ke atas bekalan minyak dunia sekali gus boleh menyumbang kepada ancaman baru ke atas global ekonomi.
Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi (gambar) dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.
Beberapa syarikat pengeluaran minyak asing di Libya sudah mula membawa keluar pekerja-pekerja mereka.
"Kami memantau dengan dekat dan bimbang (dengan perkembangan ini)," kata jurucakap White House Jay Carney di Washington semalam.
Bagaimanapun dia enggan membuat spekulasi mengenai harga masa depan minyak.
Pakar-pakar ekonomi Amerika Syarikat berkata, kenaikan harga minyak mentah itu dijangka akan memberi kesan ke atas kos bahan api dan pada masa yang sama mengetatkan pendapatan sebenar rakyat negara itu.
Keadaan yang sama dikhuatiri akan dirasai oleh negara-negara lain.
Laporan minggu lalu berkata dunia kini mengalami kenaikan harga bahan makanan, menimbulkan persoalan baru di kalangan masyarakat antarabangsa.
Harga barang yang semakin meningkat, bukan sahaja bagi tenaga tetapi juga membabitkan makanan sebenarnya satu masalah kerana tenaga dan makanan tidak boleh dipisahkan, kata Howard Ward iaitu pegawai pelaburan utama di GAMCO Growth Fund.
"Dan, kini ia akan menelan bahagian besar pendapatan berbanding yang pernah disaksikan beberapa tahun sebelum ini. Ia akan memberi impak ke atas perbelanjaan (rakyat). Kita masih ada ekonomi yang 70 peratus penggunanya berbelanja," katanya dipetik laporan msnbc.
Pakar ekonomi di Moody's Analytics, Chris Lafakis berkata kesan harga bahan api yang tinggi ke atas ekonomi boleh dirasai dalam waktu yang segera.
Katanya, harga minyak secara purata AS$103 setong pada 2010, berbanding AS$80 setong setahun lalu, akan menyapu bersih potongan cukai bernilai AS$120 bilion yang diperuntukkan untuk merangsang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Kenaikan mencecah AS$120 setong boleh memadamkan terus impak program stimulasi ekonomi.
Dalam pada itu, laporan BBC pula menyebut Muammar sedang bertarung habis-habisan untuk mengekalkan kuasa Tripoli dan di beberapa kawasan barat Libya sementara penunjuk perasaan pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka di bahagian timur manakala rakyat asing mula meninggalkan negara tersebut.
Tripoli kelihatan lengang selepas penyokong-penyokong Muammar turun ke jalan dengan pertempuran meningkat di bandar-bandar sebelah barat seperti Misurata, Sabratha dan Zawiya.
Seorang warga Tripoli memberitahu BBC Arab bahawa hanya polis, askar dan askar upahan Afrika yang berada di jalan-jalan tetapi pembangkang memberi tumpuan di bandar-bandar sebelah timur yang sudah pun jatuh ke tangan mereka.
Seorang lagi penduduk Tripoli berkata, "penunjuk perasaan antikerajaan sudah hilang. Jalan-jalan lenggang sekarang. Banyak kematian."
Penunjuk-penunjuk perasaan meraikan kejayaan mereka di bandar-bandar sebelah timur.
Sekurang-kurangnya 300 orang dilaporkan terbunuh dalam kebangkitan rakyat ini, yang dikenali sebagai "Revolusi 17 Februari", menentang kepimpinan Muammar yang sudah lebih empat dekad.
Satu lagi laporan Reuters menyebut, duta Qatar ke Libya juga telah meninggalkan negara itu.
"Duta Qatar sudah meninggalkan negara (Libya)," kata pegawai kedutaan yang tidak memberikan namanya.
Anak lelaki Muammar, Saif al-Islam dalam kenyataan berasingan pula berkata, pelabuhan-pelabuhan dan lapangan terbang di Libya "kesemuanya dibuka" dan kehidupan kembali "normal".
Sebelum ini Muammar menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan supaya berundur manakala Saif pula pula berkata pihaknya akan bertarung hingga "peluru terakhir" untuk melawan penunjuk perasaan.-MALAYSIA INSIDER


EH..JAPPP: KALAU KAT MALAYSIA NAIK HARGA RAKYAT, ADER KER YANG KESAH? KALAU HARGA BARANG NAIK, ADER KER YANG KESAH?

Khamis, 10 Februari 2011

KISAH SI AYAH NAJLA DAN NABILAH : REZEKI

Pagi2 dah ad khutbah free hari nie..huhu..ok jgk sbb dh lme dh k.fadh x g usrah, x g crmh, x dgr radio ikim..x sembang dgn geng2 sebatch..yelah..ssebab this sem k.fadh kan praktikal..tapi..terus terangnyer..k.fadh rindu kat teman2 di arau..rindu kat kiosk..rindu nak iftar sama2, qiam sama2.. yang rendah berkata "mcm2 lah.."
Erm..k.fadh dah tak ingat macam mner start nyer walau pun berlaku pada pagi tadi...Alkisah yang k.fadh ingat, bile naik kereta nga staf PPK Ulu Kinta, Beliau adalah En.Kadir.
Tapi ad gak cter kat bawah nie telah di ubah suai..tapi kalau ad terkena dgn kisah hidup kome sebijik jibik, jgn lah saman k.fadh..coz..k.fadh juz nk kongsi ja..keyhh..

TENTANG NASIB DAN REZEQI

Telah di olah ’story’...
ehem..terdapat  sebuah family, iaitu Nabilah punyer family..yang ahli family nya sebanyak 5 orang campur ayah ngan mak dia jadi lah ahli baitt nyer sebanyak 7 orang..manakala family Najla adik beradik nyer ramai..ada 8 orang, campur umi nga walid dia, jd lah 10 orang..
Ayah Nabilah namanya, Bob..Abi Najla namanya Fakhruruddin...
K..Masalah timbul apabila..si Abi Najla, Fakhruruddin mai datang umah abangnya,Si Bob..
“Aik, Kereta baru ker deen? Mercerdez tueee..” tegur si Bob.
“Rezeki bang..ad kawan nak tukar kete..dy jual separuh harga kat kami..kawan tue dh bayar habis dah, tapi bru pakai 2 tahun..jadi, Deen amek je la..saya ni, keje drebar pekerja kilang jer bang..mner la mampu nk beli kete gtu..nie pun bayar sikit2 kat kawan tue..rm250 sebulan” jawab si walid Najla.
Si ayah Nabilah sedikit tersentak, kerana dia dah lama pakai kete iswara..dah 1 dekad dy pakai kete tue, x tukar2 pun..walau pun dy kerja sebagai guru Sek Menengah..
“Huh, adik aku kerja drebar bus ja,dpt mercerdez. AKU?! Kete iswara tue jugak aku pakai..Ada penambah baikan dlm kehidupan Si Deen nie..tapi..aku? macam nie jgk dari dulu..huh”Bisik hati Bob.
******************

Kawan2, Adik2, Kakak2, Abang2, Atuk2, Nenek2...
mungkin segelintir daripada pernah merasa situasi sebegini..
mungkin juga situasi yang lebih kurang sama di atas telah berlaku di sekeliling orang terdekat kiter...
Yang penting nie kat bawah nie..kter kne ad banyak..DUIT..

D.O.A : kita mitak Allah permudahkan urusan kita, bg kita kaya rezeki dari sumber yang halal, kaya iman juga, selalu bersyukur.
U.S.A.H.A: Kita kerja over time, kerja dgn jujur..rajin..
I.K.H.T.I.A.R: Mungkin cari kerja over time
T.A.W.A.K.K.A.L: Berserah..pada Yang Maha Kaya..Jangan menyalahkan takdir..Allah tak pernah mungkiri janjinyer..

***

Khutbah dari En.Kadir lagi, Allah tue Maha Adil..
k..cube tgk, kadang2 orang yang belajo tgi, x der kerja..kdg2 deme tue bt kerja, tp gaji skit..
Kdg2 tue yg org yg ad diploma lebih tgi gaji nyer dr yg ad degree..see? Allah Maha Adil..
Kdg2 jgk, kawan2 yang sama habes belajo..tgk2 dy lagi hebat gaji nyer dari kiter..
Allah tak bagi rezeki mengikut kepandaian..

Lagi..
Pernah suatu ketika k.fadh g kuliah seorang ustaz, beliau menceritakan sahabatnya, iaitu seorang guru agama yang menjaga sekolah Hafiz ( orang yang hafal Quran) telah buntu bagaimana nak cari beras..krn sek tu dah xder duit nk beli beras..sahabatnya telah pergi minta tlg dgn org2 yang dy rasakan ad duit utk membantu..ad jgk pernah minta dgn org2 kenamaan..tapi xder saper nak bantu...Akhirnyer, sahabat beliau berasa sedih, dah despreate nk beras nh! Jadi dy mengambil keputusan untuk meminta pada Allah pada tgh malam ketika tahjud..dan malam itu..sahabatnya telah menangis bersungguh sungguh minta Allah memberi pertolongan dan memudahkan urusan mereka..Ditakdirkan esok pagi ada seorang hamba Allah telah datang memberi sedekah beras pada sahabat ustaz tadi untuk diberi makan pada murid2 HAFIZ..kata sahabat ustaz kepada ustaz tue..sambil menangis dia mengatakan”sampai biler kiter nak bergantung dan meminta pada manusia...Allah Maha Kaya..minta lah padaNya...”

sedikit yang k.fadh nk tambah..so, ap2 pun kter usaha..mungkin kter dah plan nk buat ap..sekian2..tapi tgk2 ibu ayah kter tak bagi..x pa..kter doa ajer la..mungkin hajat kter x sampai dgn cepat..Allah kata nanti dulu..so,jangan lah kecik hati tak dapat apa yang kter nak.. Allah sentiasa memberi yang terbaik utk hamba2 nya..kter, sebagai makhluk, kne la, bersangka baik dgn Allah..keyh?
sama jgk dgn study..ingat tue..tapi..kalu k.fadh..k.fadh ngaku..k.fadh mmg x sungguh bab2 study..kdg semangat, kdg x..ad certain2 keje k.fadh suke..mmg beria..cm jge kiosk..huhu..kiosk ag, pg2 tak mkn pun smpy ptg kdg2..ase smngt ja, sbb k.fadh mmg suker bt mnder tue..
adik2 ikut k.fadh tau? malas pun cari r jln utk study..keyh...

hehehe...
gud luck ya..

HOSNI ENGGAN UNDUR, AMARAN DARI PEMBANGKANG 'MESIR AKAN MELETUP'

by:pahlawan30

KAHERAH, 11 Feb — Presiden Mesir Hosni Mubarak terus menolak tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.
Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak mendakwa Hosni akan berundur segera.
Sehubungan itu kata Hosni (gambar), beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.
Awal bulan ini beliau berjanji tidak akan bertanding buat penggal keenam September ini ketika tunjuk perasaan masuk hari yang ke-17.
“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya sambil menegaskan akan kekal sebagai ketua negara sehingga pemilihan presiden September.
“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.
Sejurus selepas ucapan Hosni, Omar berkata, beliau komited untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan peralihan kuasa secara aman.
Katanya, beliau komited untuk memenuhi tuntutan rakyat menerusi dialog, yang sudah pun bermula dan bersetuju untuk merangka pelan ke arah peralihan kuasa.
“Kami telah membuka pintu untuk dialog... tuntutan akan dipenuhi mengikut jadual (yang ditetapkan),” katanya.
Omar berkata, tentera telah memberi perlindungan kepada “revolusi orang muda” dan menasihatkan penunjuk perasaan agar “kembali ke rumah” masing-masing dan “balik bekerja.”-MI

Kuasa Facebook runtuhkan Regim Mubarak


by faqir putih

Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.

Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir - http://www.youtube.com/watch?v=TvP0fWFnu-A&feature=related dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' http://www.elshaheeed.co.uk/ http://www.youtube.com/watch?v=TvP0fWFnu-A&feature=related bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.

Ahad, 6 Februari 2011

WONG FEI HUNG......

ASSALAMUA'LAIKUM..NIE CERITA WONG FEI HUNG..
k.fadh copy right dri blog rintihan seorang hamba
heheh...bg k.fadh nama dy glamor..sbb k.fadh suker sgt2 tgk cter cina..adik2 nga umi pon salu tensen sbb k.fadh kalu ngadap tv, x der cter lain dh, mesti cina yang di bukak nyer..huhuhu...x kesah r mandarin ker kantonis..bg kfadh korea second class r dpd cina..huhuhu..muka pelakon korea jambu skit..cina x..wowowww..ap2 r..bcer ajer la cter kat bawah..hehehhe

Salam.. Ingin ana kongsikan sedikit informasi buat pembaca blog ana pada post kali ini. Oleh kerana, Kerajaan Malaysia pun dah mewajibkan matapelajaran sejarah, jadi ana terpanggil untuk kongsikan sedikit berkenaan sejarah, tetapi tidak berkaitan dengan sejarah Malaysia lah. Post kali mungkin akan menarik minat peminat cerita-cerita kung fu. Apabila disebut Wong Fei Hung pasti ramai yang akan mengambarkan aksi-aksi lincah kung funya, yg mungkin kini di mainkan oleh Jet Li dalam kebanyakkan cerita kung fu. Semasa sedang mencari-cari artikel berkaitan tahun baru, tiba-tiba terjumpa pula dengan artikel sejarah ni. Jadi ana kongsikan artikel sejarah berkenaan Wong Fei Hung ni dengan antum semua. Mari kita ikuti hasil tulisan Drs. Khalil Idham Lim yang mengupas mengenai seorang ahli kung fu yang cukup dikenali iaitu Wong Fei Hong.



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China”.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.



Gambar Dinding Allahyarham Wong Fei Hung
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).
(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.
Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China). (Petikan dari Blog Negara Kedah)

hati berbisik:  **perlu ker  aku cari calon suami dari bangsa cina nh?...erm....cm adam corrie nga istri dy..huk3**

KASIH SI KECIL

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.

Hargai Air Mata Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

Mawar Oh Mawar

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda yang mempunyai tunas mawar. Ia ingin sekali menanam mawar itu di kebun di belakang rumahnya. Bergegas, disiapkannya pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh berkembang. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, tunas ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya bibit mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang mengganggu, segera dicabutnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah tumbuh kuncup bunga itu. Kelopaknya nampak mulai merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini pun gembira, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil.

Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Ia nampak hairan sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia kesal mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Sang pemuda berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan menyulitkanku untuk merawatnya nanti. Setiap kali kurapikan, selalu saja tanganku terluka. Selalu saja ada ada bahagian dari kulitku yang tergores. Ah! Pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini."

Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan merona sayu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun layu dan kering.

Moral :

Teman, kisah tadi memang sudah selesai. Tapi, ada ada satu pesan yang dapat kita raih didalamnya. Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Layaknya taman- taman berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak diri kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya hal-hal yang melukakan yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" hal-hal baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lain lah yang kadang-kadang harus menunjukkannya.

Teman, jika kita dapat menemui "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul.

Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang menenangkan kegundahan hati. Mari, kita temui "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Teman, biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh-kembangkannya di dalam taman-taman hati kita

Si Buta dan Si Gajah

Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.

Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.

Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.

Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.

Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.

Moral:

* Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
* Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
* Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja
* Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'
* Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
* Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
* Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
* Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

Esoklah

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok... Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,
tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.

MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.

Ibu…Bidadari Di Rumahmu.

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”

Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

Nilai Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

Moral :

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...

APCO DAN NAJIB

KOMENTAR : Najib Razak mungkin telah melakukan kesilapan besar. Jika beliau tidak menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk menaikkan imej beliau dan partinya, mungkin polemik beliau menggunakan khidmat perunding yang ada hubungkait dengan Zionisme itu tidak timbul. Beliau juga pasti dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya RM77 juta wang rakyat mengalir keluar Negara.

Itu akibatnya jika tidak berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak. Jika Najib berusaha untuk menilai keupayaan tenaga komunikasi profesional tempatan mungkin beliau akan akur bahawa APCO tidak sehebat mana. Malah APCO ternyata menjadi liabiliti kepada beliau dan parti pimpinannya.




Jika Najib perhatikan kemampuan sumber dalam negara, mungkin beliau akan dapat menyandarkan bukan sahaja strategi menjaga imej beliau dan partinya, malah akan dapat nasihat pakar perunding strategi politik yang ampuh dan faham keunikan politik Malaysia. Namun ini semua tidak berlaku kerana Najib mungkin masih mengkagumi kepandaian orang asing. Maklumlah beliau lebih banyak habiskan masa belajar di luar negara.

Dalam Negara pun banyak bakat yang boleh memberi input politik pada Najib. Cuma mungkin Najib tidak rajin membaca akhbar tempatan. Jika tidak, tentu beliau sudah temui pakar perunding yang sudah berabad lama digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebelumnya. Jika dia meneliti saranan politik dibuat oleh akhbar Utusan yang diwarnai oleh penulis yang menggunakan nama samaran Awang Selamat, tentu Najib tidak gusar hadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tulisan Awang dalam Mingguan Malaysia, membentangkan strategi komprehensif bukan sahaja untuk mengisi kepentingan Umno-BN dan Najib, malah ia boleh menjadi pelan induk untuk gerakan parti pembangkang - Pakatan Rakyat sekaligus.

Betapa hebatnya Awang Selamat boleh dinilai daripada tulisan 6 Februari lalu. Cuma dengan satu tulisan, Awang dapat menghuraikan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Beliau mencadangkan supaya Anwar Ibrahim beralih ke tepi dan beri laluan kepada Hadi Awang untuk memimpin Pakatan Rakyat. Kata Awang, sokongan kepada Pakatan Rakyat sekarang semakin merosot sekarang kerana Anwar dan Nik Aziz. Setiap kali kedua-dua pemimpin ini buka mulut, lebih ramai orang akan menarik sokongan mereka untuk Pakatan Rakyat.

Begitu yakin Awang dengan pendiriannya hingga berani menyimpulkan, orang Melayu akan sokong Pakatan jika Haji Hadi yang memimpin. Mengkagumkan!

Kalau Najib sejak awal menjadi Perdana Menteri lagi sudah merujuk kepada Awang Selamat untuk merungkai cabaran politik yang beliau hadapi, tentu mudah baginya menyahut cabaran Pakatan Rakyat.

Betapa tidaknya, Awang mempunyai formula bagaimana hendak menyatupadukan orang Melayu, khususnya. Awang yakin Melayu cuma boleh bersatu jika Umno dan PAS bekerjasama dalam politik. Tidak kiralah jika ia dinamakan kerajaan campuran atau apapun.

Namun Awang mengesan usaha ini tidak mungkin berhasil jika masih ada penentang dari dalam dan luar PAS terhadap usaha ini. Maka dinamakannyalah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sebagai penentang idea Melayu bersatu itu.

Hujjah Awang, jika Hadi yang memimpin Pakatan Rakyat, undi Melayu pasti akan mengalir sama ada kepada Umno atau pun PAS. Dan, jika Umno dan PAS bekerjasama, undi Melayu akan utuh dalam dua jemaah yang mempunyai tujuan yang sama - perpaduan Melayu. Selagi ada Anwar dan Nik Aziz, kerjasama itu tidak mungkin jadi kenyataan.

Memang bijak Awang. Dia ada strategi politik tersendiri. Malah ini adalah lebih baik daripada strategi Dr Mahathir yang mahu pencinta perpaduan Melayu "ketuk sahaja kepala Anwar dan Nik Aziz" kerana jadi penghalang perpaduan Melayu. Beza pendekatan Awang dengan Dr Mahathir ialah mantan presiden Umno ini kurang sabar; beliau mahu guna cara kekerasan. Awang lebih sopan - ketepikan Anwar dan Nik Aziz dalam Pakatan Rakyat, orang Melayu akan bersatu.

Mungkin ini bukan pertama kali Najib mendengar syor seperti ini. Mungkin juga itulah sebabnya Najib terpaksa menggunakan khidmat APCO sebab idea Awang ini kurang cerdik . ini kerana idea itu cuma boleh digerakkan oleh Pakatan Rakyat sendiri. Soalnya, tidak mungkin DAP dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR begitu dangkal hendak mendengar dan melaksanakan idea Awang. Ini kerana mereka insaf bahawa pakatan itu wujud kerana pengaruh dan kepemimpinan Anwar dan Nik Aziz.

Mungkin Najib merumuskan jika Awang dan akhbar Utusannya gagal meyakinkan pembacanya akan kebijaksanaan barisan editor dan penulis seperti Awang dengan dalil jualan akhbar berkenaan semakin merosot, bagaimana beliau boleh percaya kepada idea usang Awang itu?

Tambahan pula, idea Awang ini salin tak tumpah dengan idea Dr Mahathir. Apapun Najib yakin dia adalah perdana menteri bukan Dr Mahathir lagi. Oleh itu, mengapa perlu ia mendengar cakap Awang atau Dr Mahathir? Lebih baik dengar cakap APCO; jika ideanya kurang bernas pun, ia adalah syarikat perunding antarabangsa berbanding Utusan akhbar kampungan yang semakin merosot pengaruhnya.

CORY RIGHT FROM BLOG PAHLAWAN30 DENGAN MENUKAR TAJUKNYA

Khamis, 3 Februari 2011

KISAH : MALAIKAT MAUT MENYAMAR

Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".


Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.


Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"


Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu".


Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"


Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".


Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.


Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"


Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.


Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"


Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"


Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....

di copyright dari blog pahlawan30 dgn tidak meletakkan gambar..

Selasa, 1 Februari 2011

DULU KITA MCM NIE..SKRG MCM TUE..










nOtA HujuNG: moga kita tidak dalam kesesatan selamanya..amin3
owh yer..ktun2 ini tlh di cilok dr blog tatih cinta..tajuk jger dh d tukar..

SIKIT2 PSL SIHIR PULAK

Tukang Sihir akan menggunkan khidmat Jin melalui.

1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan
2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetapi diniatkan kepada jin tertentu
3. Melalui perkara-perkara yang rendah (menghina) seperti memijak al-Quran
4. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
5. Menulis ayat-ayat al-Quran secara terbalik
6. Mengagungkan bintang
7. Melalui telapak tangan
8. Melalui apa yang pernah dipakai oleh orang yang akan disihir

Kenali Tukang Sihir

1. Biasanya tukang sihir akan membaca ayat al-Quran atau selawat atau Bismillah dengan suara lantang supaya didengar oleh pesakit. Lalu pesakit yakin bahawa dia mengubati dengan ayat al-Quran. Tetapi sebenarnya, dia menggunakan jampi yang memuja syaitan/jin dengan suara yang perlahan atau tidak kedengaran langsung.
2. Meminta bantuan drp syaitan/jin dengan memanggil atau berdoa kepada mereka. Cara yang paling biasa digunakan ialah dengan membakar kemenyan dan menyeru syaitan/jin supaya datang.
3. Meminta sesuatu yang pernah dipakai oleh pesakit sama ada bekas, baju dsb.
4. Memberi/menulis azimat-azimat tertentu.
5. Membaca jampi serapah yang tidak difahami.
6. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
7. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.
8. Menyuruh peaskit membawa binatang terentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT

Disebabkan ada teman yg bertanya psl bomoh2 nh, k.fadh copyright kn dari blog pahlawan30

unit baitul muslim..ap kes?


                                                                   


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga. Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada

kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus.

Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat.

Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara.



Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
(COPYRIGHT FROM tintamahasiswa blog,tp ditukar gmbarnyer..huhu)