ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Rabu, 23 Februari 2011

ISU LIBYA: HARGA MINYAK TERUS NAIK..

TRIPOLI, 24 Feb — Sementara pergolakan politik di rantau Asia Barat merebak ke Libya, pengeluar utama minyak di dunia, gelombang kebangkitan rakyat turut memberi kesan ke atas bekalan minyak dunia sekali gus boleh menyumbang kepada ancaman baru ke atas global ekonomi.
Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi (gambar) dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.
Beberapa syarikat pengeluaran minyak asing di Libya sudah mula membawa keluar pekerja-pekerja mereka.
"Kami memantau dengan dekat dan bimbang (dengan perkembangan ini)," kata jurucakap White House Jay Carney di Washington semalam.
Bagaimanapun dia enggan membuat spekulasi mengenai harga masa depan minyak.
Pakar-pakar ekonomi Amerika Syarikat berkata, kenaikan harga minyak mentah itu dijangka akan memberi kesan ke atas kos bahan api dan pada masa yang sama mengetatkan pendapatan sebenar rakyat negara itu.
Keadaan yang sama dikhuatiri akan dirasai oleh negara-negara lain.
Laporan minggu lalu berkata dunia kini mengalami kenaikan harga bahan makanan, menimbulkan persoalan baru di kalangan masyarakat antarabangsa.
Harga barang yang semakin meningkat, bukan sahaja bagi tenaga tetapi juga membabitkan makanan sebenarnya satu masalah kerana tenaga dan makanan tidak boleh dipisahkan, kata Howard Ward iaitu pegawai pelaburan utama di GAMCO Growth Fund.
"Dan, kini ia akan menelan bahagian besar pendapatan berbanding yang pernah disaksikan beberapa tahun sebelum ini. Ia akan memberi impak ke atas perbelanjaan (rakyat). Kita masih ada ekonomi yang 70 peratus penggunanya berbelanja," katanya dipetik laporan msnbc.
Pakar ekonomi di Moody's Analytics, Chris Lafakis berkata kesan harga bahan api yang tinggi ke atas ekonomi boleh dirasai dalam waktu yang segera.
Katanya, harga minyak secara purata AS$103 setong pada 2010, berbanding AS$80 setong setahun lalu, akan menyapu bersih potongan cukai bernilai AS$120 bilion yang diperuntukkan untuk merangsang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Kenaikan mencecah AS$120 setong boleh memadamkan terus impak program stimulasi ekonomi.
Dalam pada itu, laporan BBC pula menyebut Muammar sedang bertarung habis-habisan untuk mengekalkan kuasa Tripoli dan di beberapa kawasan barat Libya sementara penunjuk perasaan pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka di bahagian timur manakala rakyat asing mula meninggalkan negara tersebut.
Tripoli kelihatan lengang selepas penyokong-penyokong Muammar turun ke jalan dengan pertempuran meningkat di bandar-bandar sebelah barat seperti Misurata, Sabratha dan Zawiya.
Seorang warga Tripoli memberitahu BBC Arab bahawa hanya polis, askar dan askar upahan Afrika yang berada di jalan-jalan tetapi pembangkang memberi tumpuan di bandar-bandar sebelah timur yang sudah pun jatuh ke tangan mereka.
Seorang lagi penduduk Tripoli berkata, "penunjuk perasaan antikerajaan sudah hilang. Jalan-jalan lenggang sekarang. Banyak kematian."
Penunjuk-penunjuk perasaan meraikan kejayaan mereka di bandar-bandar sebelah timur.
Sekurang-kurangnya 300 orang dilaporkan terbunuh dalam kebangkitan rakyat ini, yang dikenali sebagai "Revolusi 17 Februari", menentang kepimpinan Muammar yang sudah lebih empat dekad.
Satu lagi laporan Reuters menyebut, duta Qatar ke Libya juga telah meninggalkan negara itu.
"Duta Qatar sudah meninggalkan negara (Libya)," kata pegawai kedutaan yang tidak memberikan namanya.
Anak lelaki Muammar, Saif al-Islam dalam kenyataan berasingan pula berkata, pelabuhan-pelabuhan dan lapangan terbang di Libya "kesemuanya dibuka" dan kehidupan kembali "normal".
Sebelum ini Muammar menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan supaya berundur manakala Saif pula pula berkata pihaknya akan bertarung hingga "peluru terakhir" untuk melawan penunjuk perasaan.-MALAYSIA INSIDER


EH..JAPPP: KALAU KAT MALAYSIA NAIK HARGA RAKYAT, ADER KER YANG KESAH? KALAU HARGA BARANG NAIK, ADER KER YANG KESAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan