ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Khamis, 10 Februari 2011

HOSNI ENGGAN UNDUR, AMARAN DARI PEMBANGKANG 'MESIR AKAN MELETUP'

by:pahlawan30

KAHERAH, 11 Feb — Presiden Mesir Hosni Mubarak terus menolak tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.
Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak mendakwa Hosni akan berundur segera.
Sehubungan itu kata Hosni (gambar), beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.
Awal bulan ini beliau berjanji tidak akan bertanding buat penggal keenam September ini ketika tunjuk perasaan masuk hari yang ke-17.
“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya sambil menegaskan akan kekal sebagai ketua negara sehingga pemilihan presiden September.
“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.
Sejurus selepas ucapan Hosni, Omar berkata, beliau komited untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan peralihan kuasa secara aman.
Katanya, beliau komited untuk memenuhi tuntutan rakyat menerusi dialog, yang sudah pun bermula dan bersetuju untuk merangka pelan ke arah peralihan kuasa.
“Kami telah membuka pintu untuk dialog... tuntutan akan dipenuhi mengikut jadual (yang ditetapkan),” katanya.
Omar berkata, tentera telah memberi perlindungan kepada “revolusi orang muda” dan menasihatkan penunjuk perasaan agar “kembali ke rumah” masing-masing dan “balik bekerja.”-MI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan