ROGER2!

..ASSALAMUA'LAIKUM..SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA..

SALAM MAHABBAH

Inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku dan hati ukhtifillah.. "Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda KASIH SAYANGNYA, jua PENGHAPUS DOSA"

Rabu, 6 April 2011

AKAL DAN ILMU UMUM

Begitulah akal diberi untuk berfikir, Hati diberi untuk menilai... Menambahkan akal, nescaya hampirla kita kepada Allah. Indah bukan ayat potongan Sabda Rasulullah kpd Abu Darda...
Malam berlalu pantas, ingin ana kongsikan tentang apa yang ana pelajari hari ni.Insya'allah

Ada yang berkata.. semua orang ada otak, ia jawapan yang sering diterima bila ada yang menegur  kesilapan. Otak cuma organ tubuh kita yang binatang juga memilikinya,bila otak bekerja dan berfikir ia disebut akal, dan ini juga membezakan kita dengan binatang. Itulah kelebihan kita manusia dianugerahkan otak yang berakal untuk berfikir. Malah tegaknya agama bagi org mukmin adalah pada kesempuranaan akalnya. Begitu pula akhlak yg diukur pada kesempurnaan akal.
Sabda Nabi SAW, yg bermaksud ; "Tiap sesuatu mempunyai tiang. Tiang orang mukmin  ialah akalnya " (Riwayat Ibnu Mahar dari Abi Said dlm Ehya' Ulumuddin.)

Berbalik pada tajuk Akal dan Ilmu umum ~ cerdik dan kematangan... seorang yang sempurna akal adalah yang mengoreksi (muhasabah) dirinya dan bersiap untuk menghadapi maut, sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan mengharap berbagai harapan atau berangan-angan (tanpa usaha)... 

Islam tidak hanya mengukur kecerdikan akal kepada kelulusan atau ijazah yg dimiliki atau keputusan IQ yg baik.Tapi dari sejauh mana seseorang itu berusaha menyelamatkan diri serta menghadapi  bahaya kerosakan dan penderitaan hidup di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Marilah sama-sama kita kembali perbetulkan pemikiran akal kita yang mungkin sesekali tersungkur dengan arus kemodenan kini..Menurut ukuran umum hari ini, seseorang yg dianggap bijak atau cerdik melalui tahap pendidikan dan segulung ijazah dan apa-apa yang sepertinya, tetapi dalam kehidupan hariannya ia sedang meniti di jurang bahaya api neraka serta melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri di dunia dan di akhirat, seperti keruntuhan akhlak yang menjadi isu besar abad ini.. tidak sembahyang, tidak puasa, tidak menutup aurat, maksiat dan sebagainya, maka itulah orang yang bodoh atau dungu. 

Seperti kata penulis buku ciri-ciri wanita yg membawa ke syurga, Jaafar Salleh. Sungguh rasional ayat ini buat membuka minda kita. 
Apa guna memiliki ijazah tinggi kalau budaya kehidupan harian sama seperti kehidupan binatang. Apa erti memiliki ratusan universiti dan jutaan graduan yg lahir dalam pelbagai bidang, kalau dalam masa yang sama ribuan pula buat maksiat, terlibat dalam kes-kes keruntuhan akhlak, penyalah gunaan wang, kuasa, rogol, zina dan sebagainya.  

Jika terus-terus lahir keadaan demikian, maka dunia bukan lagi tempat kedamaian dan dihuni oleh penghuninya yang baik, tapi sebalinya. Jadilah dunia ini sebagai neraka sebelum neraka hakiki di akhirat kelak.
Wanita hari ini belum dianggap dan diiktiraf sebagai  wanita cerdik dan cantik serta matang, selagi hanya mempunyai sijil dan kelulusan tinggi, tapi dalam masa yang sama boleh diperalatkan untuk tujuan pemuas nafsu dan immoral. Jangan saja sering salahkan pada yang menjadikan ia, tapi renung kembali pada penyebabnya. Semua tindakan membawa kepada akibat.. Itulah kesannya jika soal aurat dan akhlak dinggap mudah oleh sesetengah wanita. Seperti tudung dan aurat yang berbeza penggunaannya dan pemahamannya. Wanita kini dijadikan bahan untuk menarik perhatian seperi iklan-iklan. Wanita cantik dijadikan objek menarik perhatian sang mata yang melihatnya. Dan hati yang lemah imannya pasti saja tertaut. Jauh sekali untuk benar-benar digelar cerdik, cantik akalnya dan matang pemikirannya.

Wanita yang akalnya cerdik belum boleh dianggap matang. Kerana saat ini ramai wanita cerdik, berpelajaran tinggi, aktif di tengah masayarakat tetapi menjadi punca fitnah dan kerosakan.Jelaslah bahawa kecerdikan (berdasarkan ilmu umum) belum menjamin keselamatan.

Ciri-ciri wanita cerdik dan matang mengikut ukuran islam;
a) Tahu menilai dan meletak dirinya sesuai dengan tempat, watak dan kebolehan serta selaras pula dengan syariat Islam.
b) Pandai melayan suami dan mengatur rumah tangga.
c) Pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yg bertaqwa dan boleh berkhidmat kpd masyarakat.
d) Peka dan berstrategi.

Setelah memiliki sifat-sifat demikian yang semestinya didahulu dengan memiliki iman dan takwa serta diiringi dengan ilmu dan pengalaman yg berkaitan dgn bidang dan tugasnya.. insya'allah semua suasana sekeliling tidak akan mempengaruhi kehidupan kecuali kehidupan Islam yang membentuk watak serta peribadi yang mulia. Inilah keteria wanita solehah..
Kematangan seseorang janganlah diukur hanya daripada umur, pengalaman dan ilmu saja.

Sungguh kiasan "Aku lebih dahulu makan garam" yang sering digunakan... namun tidak dapat dinafikan ia menjadikan hidup semakin matang. Tapi ketahuilah bahawa seseorang yang tidak beriman atau lemah imannya, apabila makin lama hidup, makin tidak siuman atau nyanyuk. 
Tidak siuman dan nyanyuk bukan diukur pada sikap dan tindak tanduknya bagai org gila, tetapi sejauh mana ia berusaha meningkatkan amalannya yg dapat dijadikan bekalan untuk hari akhirat. Jika hanya dengan keagresifan dan dinamik di bidang keduniaan  yang tidak memberi faedah utk akhirat , maka belum dikira cerdik atau matang.

Bersama-sama lah kita membuka semula fikiran kita, muhasabah diri tentang akal dan ilmu umum serta hakikat cerdik serta kematangan... jangan lemah dan gusar dengan apa yang sering ilmu umun gelarkan 'kuno'... Percaya kcpada kemampuan diri sendiri adalah rahasia dan sendi kebahagiaan, juga pintu kemajuan dan keluhuran . Fikirkanlah keselamatan diri di akhirat kelak, insya'allah lebih semangat.. 
Wallahualam.. =)-mps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan